#LejenFlix: 5 Filem Seram Ini Wajib Anda Tonton Ketika Musim Halloween

Musim Halloween tidak pisah dengan tayangan koleksi filem seram di skrin digital. Berikut antara filem seram yang memberi impak seram dan menakutkan di musim Halloween. Amaran keras untuk penonton umur 18 tahun ke atas sahaja.

Kami kongsikan lima filem seram yang wajib anda tonton ketika musim Halloween menerusi artikel ini.

1.Halloween (1978)

Michael Myers. Sumber: Entertainment Weekly

Mengisahkan tentang watak Michael Myers yang selalu menghantui ahli keluarganya untuk mengambil nyawa adik perempuannya Laurie Strode, Halloween (1978) merupakan sebuah filem seram dan mendebarkan.

Filem Halloween ini mempunyai dua belas siri filem, dua filem yang telah digubah semula dan semua filem dalam siri tersebut berkait antara satu sama lain.

Filem terbaru daripada siri tersebut ialah Halloween Ends (2022) mengisahkan tentang pertarungan akhir Laurie melawan Michael, si psiko peragut nyawa sekali gus menjadi pengakhiran hidup Michael.

2. Friday the 13th (1980)

Jason Voorhees. Sumber: Bloody Disgusting

Friday the 13th (1980) mengisahkan tentang Jason Voorhees iaitu seorang kanak-kanak yang dipercayai telah meninggal dunia kerana lemas kembali membalas dendam kepada penduduk di sekitar tasik Crystal.

Dibuli sejak dari kecil kerana wajahnya yang hodoh, filem ini terkenal dengan babak Jason yang suka memakai topeng Hoki Ais menjadi pembunuh yang tidak berperikemanusiaan dalam melakukan kejahatan membalas dendam. 

3. A Nightmare on Elm Street (1984)

Freddy Krueger. Sumber: Good Housekeeping

Terkenal dengan baju belang hitam, merah dan akan muncul di hadapan mangsa yang sedang tidur, A Nightmare on Elm Street merupakan filem seram fiksyen yang mengisahkan tentang penduduk yang sering diganggu dan dihantui oleh Freddy Krueger apabila mangsanya sedang tidur.

Filem ini mempunyai sebelas siri dan setiap filem berlainan cerita dan latar masa juga berkait dengan filem sebelumnya.

4.Fear Street Part 1: 1994 (2021)

Siri filem Fear Street. Sumber: Cinema Express

Filem seram Fear Street Part 1: 1994 ini adalah filem tayangan khas di Netflix. Cerita asal filem ini merupakan karya penulis buku seram terkenal R.L Stine. Mengisahkan tentang remaja Deena Johnson dan rakan sebaya mereka yang terlibat dengan secara tidak sengaja menjumpai kubur ahli sihir Sarah Fier yang dihukum terdahulu. Secara tidak langsung, menyebabkan banyak kematian pembunuhan misteri di Shadyside yang tiada jawapannya. 

Anda wajib menonton bahagian dua dan tiga filem ini untuk mengetahui bagaimana Sarah meninggal dunia dan apa yang perlu Deena lakukan untuk menghentikan pembunuhan yang berlaku di Shadyside.

5. Jeepers Creepers (2001)

Jeepers Creepers. Sumber: Variety

Filem Jeepers Creepers ini mengambil inspirasi daripada inspirasi dari kisah sebenar kes Dennis Depeu di Amerika pada tahun 1991 tetapi ia digubah menjadi filem seram fiksyen. Jeeper Creepers mengisahkan tentang makhluk seram yang memburu dan memakan manusia setiap 23 tahun di Florida. Antara babak paling seram di mana para penonton dapat melihat makhluk Jeepers Creepers ini secara kejam mengumpul organ manusia untuk dijadikan perhiasan di tempat persembunyiannya.

Jeepers Creepers mempunyai 4 siri filem yang wajib ditonton dan kesemua filem ini juga merupakan sambungan dan prekuel pada filem asal. Antara filem seram menarik wajib anda tonton musim Halloween ini.

*Segala pendapat yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Digital

Untuk baca artikel-artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca