Hari yang bertemakan cinta bakal datang Selasa ini pada 14 haribulan. Namun tidak semestinya anda menonton cerita romantik pada hari tersebut, tapi filem tentang hubungan dan idea untuk bersungguh-sungguh atas nama cinta rasa lebih syok apabila menontonnya pada Hari Valentine.
Tidak kira jika anda sudah berpunya ataupun tidak, filem-filem yang terdapat dalam senarai ini ada sedikit sebanyak untuk semua orang. Dari filem Hollywood, ke Bollywood dan juga sedikit dari sinema lokal.
1. Valentine’s Day
Tajuk dia pun dah cukup menceritakan filem tersebut. Valentine’s Day terdiri daripada pelbagai kisah cinta yang saling berkait, dibintangi oleh beberapa pelakon pertengahan umur yang paling popular termasuk Jessica Alba, Jessica Biel dan Ashton Kutcher.
Semasa hari besar itu berlangsung di Los Angeles, sesetengah daripada mereka menang dalam cinta manakala sebahagian daripada mereka kalah, walaupun mereka semua berhubung antara satu sama lain pada akhirnya.
2. Pulang
Filem ini diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40-an. Filem ini menceritakan mengenai pasangan suami isteri iaitu Othman dan Thom. Othman yang berasal dari sebuah perkampungan nelayan di Serkam telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya dan dapat mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan.
3. Pisau Cukur
Dua orang gadis pisau cukur bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia mereka. Di dalam perjalanan di atas sebuah kapal percutian mewah, terjadi sebuah insiden yang pelik lantas bermulalah episod mencari siapakah yang memburu dan siapa pula diburu?
4. Crazy, Stupid, Love
Pada permulaan filem ini, Emily Weaver memberitahu bekas kekasih dan suaminya selama 25 tahun, Cal Weaver, bahawa dia mahu bercerai. Tergamak dengan pilihan bekas isterinya, dia mengisi masa di kelab malam. Disitulah dia bertemu dengan Jacob Palmer, yang mengajarnya bagaimana nak pikat perempuan.
Namun apabila hidup mereka semakin rumit, mereka mula berkenal sebenarnya facet-facet lain yang ada tentang cinta.
5. Mohabbatein
Mohabbatein mengisahkan pertempuran antara dua lelaki yang degil & mempunyai kepercayaan yang bertentangan. Ia juga merupakan kisah cinta 3 pasangan muda yang menyedari apa yang akhirnya akan menang antara cinta dan ketakutan.
Filem ini pastinya menggamit memori. Dengan lagu yang masih malar segar sehingga hari ini, ianya sebuah filem cinta yang masih segar untuk tontonan segenap generasi.
Nikmati hari yang menyambut cinta dengan menonton dari pilihan kami, atau kalau anda ada tajuk yang anda rasa lebih berhak digelar sebagai filem yang wajib dilihat pada hari tersebut, sila komen di bawah!
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: