Legenda Urban Maria Labo

Maria Labo merupakan sebuah legenda urban yang berasal dari Filipina mengenai hantu wanita kanibal. 

Diceritakan Maria ini asalnya seorang wanita biasa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Mereka hidup bahagia sehinggalah suatu hari Maria mengambil keputusan untuk bekerja di England bagi mencari rezeki lebih buat keluarganya.

Sewaktu berada di luar negara, Maria beruntung kerana mendapat majikan yang melayannya dengan baik dan diberi gaji lumayan. Majikannya merupakan seorang lelaki tua dan Maria ditugaskan untuk menjaganya selain membuat kerja-kerja rumah.

Tuan rumah itu sering menyediakan hati separuh masak untuk Maria. Wanita itu makan tanpa syak apa-apa.

Tanpa pengetahuan Maria, ‘Atuk’ tua itu sebenarnya puntianak pemakan manusia. Sebab itu tiada siapa yang sanggup merawat dan menjaganya. Dia menurunkan darah kotornya pada wanita malang itu.

Sumber gambar: Pixabay

Selepas beberapa bulan bekerja di situ, Maria mula jatuh sakit dan akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya di Filipina.

Maria kelihatan biasa dan normal sahaja di rumah. Suatu hari, suaminya yang merupakan seorang pegawai polis baru balik kerja. Kepulangannya disambut isteri tersayang dan makan malam sudah siap dihidang .

“Mana anak kita?” tanya suaminya saat melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

“Itulah anak kita.” jawab Maria selamba sambil jari telunjuknya menuding pada daging masak black pepper di tangan suaminya.

Apa lagi, suaminya bingkas bangun pergi ke dapur dan buka peti sejuk. Seperti terkena renjatan elektrik lelaki tersebut apabila melihat kepala anaknya ada dalam peti!

Dengan lahar kemarahan yang meluap-luap, si suami mencapai pisau dan mengelar muka Maria sehingga berparut kesan torehan. Sebab itulah dia digelar “Maria Labo” (bermaksud Maria Parut).

Sejak itu, Maria menjadi makhluk tidak berupa manusia lagi dan mula menghantui beberapa lokasi di Filipina. Manakala suaminya pula memburunya untuk dibunuh serta dibantu beberapa orang bagi melindungi anak-anak mereka.

Demikianlah cerita legenda urban yang terkenal di Filipina ini.

Untuk baca lagi artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca