Nang Nak Dengan Sejarahnya

nang nak
nang nak

Mungkin ramai yang sinonim dengan filem seram Nang Nak, bukan?

Legenda hantu Nang Nak ini antara paling popular di Thailand. Namun apa pula kisah yang tersembunyi filem Nang Nak ini?

Menurut apa yang telah diceritakan secara turun-temurun. Nak merupakan seorang wanita yang cantik. Dia tinggal bersama-sama suaminya yang bernama Mak.

Nang pula membawa maksud Cik. Jadi, jika digabungkan ia menjadi Nag Nak yang bermaksud Cik Nak.

Mereka tinggal di kawasan tebing sungai bernama Phra Khanong. Phra Khanong adalah satu sungai yang terdapat di Bangkok.

Kisah hantu ini bermula sewaktu pemerintahan Raja Rama Keempat, iaitu sekitar tahun 1800. Ketika itu, Mak dikerah untuk menyertai peperangan yang sedang bergolak.

Pada waktu yang sama, Nak sedang berbadan dua. Mak berjanji untuk pulang ke pangkuan Nak selepas pertempuran.

Peperangan sengit tersebut menyebabkan Mak cedera parah. Kemudian, dia mendapat rawatan di hospital tengah bandar Bangkok.

Nasib tidak menyebelahi Nak. Nak dan bayi yang dikandung meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan anak sulungnya.

Namun tiada siapa yang sanggup beritahu perkara tersebut kepada Mak. Dipendekkan cerita, Mak sebenarnya tidak mengetahui bahawa isteri dan anaknya sudah meninggal.

Selepas mendapatkan rawatan di Bangkok, Mak mengambil keputusan untuk balik ke kampung halaman.

Mak membawa harapan yang menggunung dan amat merindukan isterinya. Dia juga yakin bahawa isterinya sudah selamat bersalin.

Apabila tiba di rumah, Mak berasa sangat gembira melihat Nak selamat melahirkan anak mereka. Namun begitu, Mak berasa tidak senang apabila orang kampung bercakap pasal mereka. Dikatakan, Mak sebenarnya tinggal bersama dengan hantu.

Selain itu, hanya Mak sahaja yang mampu melihat isteri dan anak mereka. Mungkin itu sebabnya orang kampung mengatakan dia tinggal bersama dengan hantu.

Pada mulanya, Mak rasa tidak percaya dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Dia juga berpendapat, mungkin orang kampung berasa iri hati dengan keluarga kecilnya.

Pada suatu hari, Nak sedang menyediakan makanan iaitu Nam Phrik. Nam Phrik ini ialah nama sambal belacan bagi orang Thailand.

Ketika Nak hendak memerah limau nipis, ia terlucut lalu terjatuh dari tangannya. Lalu, Nak memanjangkan tangannya untuk mengambil limau tersebut.

Tanpa Nak sedari, Mak tengah memerhatikan tangan panjang tersebut. Bermula dari situlah, Mak mempercayai kata-kata orang kampung.

Kebenaran sudah diketahuinya bahawa isteri dan anaknya sudah mati dan bertukar menjadi hantu.

Mak mengatur strategi untuk keluar dari rumah pada waktu malam. Mak memberitahu Nak yang dia hendak pergi ke tandas.

Setelah keluar dari rumah, Mak berlari sekuat hati. Menurut apa yang diceritakan, Mak bersembunyi di sebalik semak. Semak yang ditumbuhi dengan pokok Naat.

Orang Thailand mempercayai bahawa hantu atau roh jahat takut mendekati dengan pokok Naat.

Kemudian, Mak lari ke sebuah kuil mahabut. Mak percaya bahawa hantu Nak tidak dapat masuk ke dalam kerana ia merupakan tempat suci bagi kepercayaan orang sana.

Nak dapat tahu bahawa suaminya melarikan diri. Nak juga percaya bahawa mulut orang kampung yang bercakap tentang kematiannya punca suaminya meninggalkannya.

Hantu Nak mula mengganggu ketenteraman penduduk kampung.

Selepas tersebar cerita hantu Nang Nak mengganggu penduduk kampung, maka pawang bersedia untuk menangkap roh tersebut.

Akhirnya, pawang tersebut berjaya menangkap roh hantu Nang Nak dan diletakkan dalam tembikar tanah. Kemudian, dibuang ke dalam sungai.

Untuk pengetahuan, penduduk di sana ada membuat tempat sembahan kecil khas untuk roh Nang Nak ini.

Ruang dalaman kuil mahabut ada mempamerkan patung dan juga lukisan gambar Nang Nak. Penduduk sana apabila datang untuk meminta hajat, perlu membawa kain berwarna, buah, bunga serta colok.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca