Lee Zii Jia, pemain perseorangan profesional negara, berjaya merangkul gelaran juara badminton Terbuka Thailand papabila dia tewaskan pemain China, Li Shi Feng, pada set ketiga, dalam aksi terakhir yang berlangsung di Impact Arena, Pak Kret, sebentar tadi.
Sebelum digelar juara, Zii Jia (yang menduduki kedudukan No. 6 dalam dunia) beraksi dengan Shi Feng sehingga diheret ke tiga set dengan keputusan 17-21, 21-11, dan 23-21. Perlawanan ini direkodkan mengambil masa 69 minit sebelum Zii Jia akhirnya dapat menundukkan pemain China tersebut.

Kemenangan ke atas pemain China itu menyaksikan Zii Jia yang ketika ini berumur 24 tahun masih belum tewas sejak separuh akhir Kejohanan All-England Mac lalu.

Pada aksi final, pemain kelahiran Kedah itu tewas 17-21 pada set pertama dalam tempoh 21 minit selepas melakukan beberapa kesilapan mudah sekaligus memberikkan kelebihan kepada lawan untuk menamatkan set pertama.
Zii Jia yang sememangnya terbukti dengan semangat melawan bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-11 dalam tempoh 19 minit untuk mengheret ke set penentuan.
Zii Jia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada kedudukan 19 sama sebelum aksi mendebarkan disajikan kedua pemain sehinggalah kemenangan mutlak diraih pemain negara dengn keputusan 23-21.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: