Lee Chong Wei ‘Throwback’ Kenangan Bersama Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei memuat naik satu hantaran istimewa di laman Instagram selepas seteru utama yang juga sahabat baiknya, Lin Dan mengejutkan arena badminton dunia dengan pengumuman beliau pada hari ini.

“Kita tahu hari ini akan tiba. Ia merupakan detik yang berat dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, kamu melabuhkan tirai dengan penuh gaya. Kamu adalah seorang raja ketika kita bertempur dengan penuh bangga,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata warganet tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka selepas mendengar mengenai berita tersebut:

Untuk pengetahuan anda, Lin Dan membuat keputusan untuk menggantung raket selepas 20 tahun mewarnai arena badminton dunia.

Juara dunia sebanyak lima kali ini mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah kenyataan di laman Weibo, “Dari 2000 hingga 2020, saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada skuad kebangsaan selepas 20 tahun. Ia merupakan sesuatu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.”

Beliau yang pernah merangkul pingat emas pada temasya Olimpik sebanyak dua kali pada tahun 2008 dan 2012 ini menghantar surat rasmi permohonan untuk bersara kepada Persatuan Badminton China beberapa hari lalu dan badan induk itu menerimanya.

Keputusan itu hadir setahun selepas musuh tradisinya yang juga bekas jaguh badminton negara, Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya pada Jun tahun lalu.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan badminton, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca