Lee Chong Wei Kongsi Dirinya ‘Lemah Lutut’ Pertama Kali Jumpa Isteri

Pemain legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memuat naik kisah cinta pandang pertama dirinya dengan Datin Wong Mew Choo di laman Instagram.

View this post on Instagram

A long long time ago, there was this budak mentah kurus kering, umur 15 tahun, naik bus from Penang to KL for badminton competition. Penuh semangat to prove his worth, trying to barge his way into the national team set up. Little he knew in his first outing, he could only enter for mix double category, not his favored single category. Nevertheless, he was so pumped up to do well. Entering the hall to warm up, he was really focus. Eyes only on the title. Nothing else. Dlm otak nak menang jer, taktik lawan, strategi, wind draft, hall conditions, court sebelah maner lagi "Ong", dan pesanan motivasi coach. Hell, all those mental preparation went masok longkang when he saw a 14 years old girl wakil Selangor. Cara dia jalan masok court, stretching, warm up… So elegant, so pretty! Lemah terus lutut itu budak Penang. Nak mintak phone number but she was well protected by her sister and parents. He figured, the only way to win her attention was to win on court. In that competition, every smash, drop, dive, chop performed were to impress her and everytime he scores his eyes curi² scanned around hoping she was watching. The budak mentah is me, the angel in court of course is my wife @wongmewchoo. Happy birthday my dereast wife, my definition of perfection. I’m just so blessed to know you and be with you every since. To many birthdays to come. Thanks for everything. 那一年我15岁,第一次代表槟州到吉隆坡打比赛,还记得当时我是打混双,那场赛事还有谁一起比赛我几乎不记得了,但是却有一个女孩悄悄的走进了我的世界。 那次之后我就再也没有见过她,直到我进入国家队,上课的时候这个女孩就坐在我的前面,机会来了,经常性的我会'不小心' 忘记带东西,有时候笔,有时候书,总是找借口和她说话,但,她的家教很严格父母、姐姐经常在身边,我知道要真正得到她的注意,我只能在球场上证明自己!这招果然有效,哈哈! 在国家队的日子,忙着比赛我错过了几次帮你庆生的机会,不过,我答应你往后余生每一年一定会陪你度过这个特别的日子。生日快乐,孩子的妈,我的爱人❤️

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

“Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk satu pertandingan badminton.

Dia datang dengan penuh semangat untuk buktikan keupayaannya dan mahu mencuba nasib untuk berada dalam pasukan kebangsaan,” tulis Chong Wei di laman Instagram.

Namun, apa yang tidak diketahui oleh Chong Wei pada waktu itu adalah dia hanya layak untuk menyertai kategori beregu campuran dan bukannya perseorangan yang disukai olehnya. Walaupun begitu, pemain legenda itu tetap mahu melakukan yang terbaik.

“Dia benar-benar fokus saat memasuki dewan untuk memanaskan badan. Tidak ada perkara lain yang terlintas dalam fikirannya selain daripada menjadi seorang juara.

Dalam otak mahu menang sahaja. Taktik lawan, strategi, wind draft, keadaan dewan, bahagian gelanggang mana yang lagi membawa tuah dan pesanan motivasi daripada jurulatih.

Semua persediaan mental itu ‘masuk longkang’ apabila dia melihat seorang wakil Selangor berusia 14 tahun. Cara gadis itu memasuki gelanggang dan membuat regangan serta panaskan badan adalah so elegant dan sangat cantik.

Lemah terus lutut pemain dari Pulau Pinang itu. Dia mahu minta nombor telefon wakil Selangor itu tetapi gadis berkenaan pula dijaga rapi oleh kakak dan ibu bapanya,” tambahnya.

Chong Wei membuat kesimpulan pada masa itu dia hanya mempunyai satu cara sahaja untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut.

Dia perlu memenangi perlawanan tersebut. Setiap smash, drop, dive dan chop yang dilakukan semasa pertandingan terbabit adalah untuk menarik perhatian gadis itu.

“Setiap kali dia mendapat mata dalam perlawanan berkenaan, dia akan curi-curi pandang dengan mengharapkan gadis itu turut memerhatikannya. Saya adalah remaja lelaki dalam coretan ini dan bidadari di dalam gelanggang itu sudah tentulah isteri saya Wong Mew Choo,” katanya lagi.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati ucapan Chong Wei kepada Mew Choo ternyata mencuri perhatian orang ramai dengan rata-rata menganggap jaguh badminton itu sebagai seorang yang romantik:

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Lee Chong Wei, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca