Lee Chong Wei Atlet Malaysia Pertama Dapat Figura Lilin Di Madame Tussauds

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menjadi atlet Malaysia pertama memiliki figura lilin di Madame Tussauds Hong Kong.

Selain itu, Chong Wei turut menzahirkan keterujaannya ketika menjalani sesi fotografi untuk muzium berkenaan dengan memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial.

Tidak berhenti di situ, beliau turut memberi bayangan bahawa figura lilin itu akan didedahkan dalam suku kedua tahun ini!

Dalam pada itu, Madame Tussauds Hong Kong mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sesi perbincangan itu mengambil masa selama enam jam.

Menerusi kenyataan tersebut, “Dalam tempoh perbincangan, Chong Wei bukan hanya memberi kerjasama penuh, dari semasa ke semasa, beliau bergurau bagi membangkitkan suasana dan membuat pasukan ketawa tanpa henti.”

Menurut Ketua Pemasaran Madame Tussauds Hong Kong iaitu BoBo Yu, beliau turut berkongsi keterujaan terhadap tarikan terbaharu itu.

Di samping itu, BoBo menegaskan Malaysia ialah pemasaran yang penting untuk muzium tersebut.

Jelasnya, “Selepas melancarkan figura lilin Tan Sri Michelle Yeoh beberapa tahun lalu, Chong Wei akan menjadi figura Malaysia kedua yang akan menarik perhatian ramai.”

Tambahnya, “Kami sangat berbesar hati kerana atlet terhebat ini sudi menyertai kami.”

Mengenai figura lilin beliau yang bakal dipamerkan di muzium berkenaan, Chong Wei berkata, “Saya kagum bagaimana mereka merekodkan maklumat dengan begitu teliti termasuk warna rambut saya dan mata! Saya berasa sangat dihormati dan bersyukur dapat mewakili Malaysia.”

Beliau turut berharap bahawa figura lilin itu akan menjadi sumber inspirasi kepada semua warga Malaysia untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas pencapaian tersebut!

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai jaguh badminton dunia, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca