Lebih Sejuta Tontonan, TV AlHijrah Catat Prestasi Cemerlang Di Dwi Platform Sepanjang Awal Ramadan

Dalam era globalisasi ini, televisyen telah menjadi alat hiburan bagi seisi keluarga. Hal ini telah merangsang penubuhan stesen televisyen di negara kita dari semasa ke semasa sehingga dapat memuaskan hati setiap anak Malaysia tanpa mengira bangsa dan bahasa. 

Melalui sebuah rancangan televisyen, maklumat terkini dapat disebarkan dengan cepat dari dalam mahupun luar negara.

Terbaharu, stesen televisyen gaya hidup Islam pertama negara TV AlHijrah melakar kejayaan apabila berjaya mencatat 1.6 juta tontonan di kaca televisyen dan 3 juta tontonan di platform digital sepanjang awal Ramadan 1441H.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah sentiasa menjadi saluran pilihan penonton setiap kali tibanya Ramadan. Namun, peningkatan jumlah tontonan dwi platform kali ini adalah luar biasa dan ia membuktikan sokongan terus menerus penonton setia stesen ini termasuk mereka yang baru menonton rancangan televisyen tersebut.

Setakat minggu pertama Ramadan, program #QuranTime menjadi pilihan utama penonton dengan capaian hampir 1 juta tontonan di platform televisyen dan 10 juta tontonan di di Facebook Live TV AlHijrah.

Ini telah membuktikan TV AlHijrah masih kekal relevan di mata masyarakat terutamanya golongan muda yang menjadi kumpulan sasaran stesen ini. Ini kerana golongan muda ini adalah penyumbang terbesar yang melayari TV AlHijrah menerusi media digital seperti Alhijrahmedia.com, Facebook Live dan juga aplikasi Spotify yang dilancarkan baru-baru ini.

Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.

Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.

“Kami bersedia menemui penonton dalam dan luar negara menerusi adaptasi teknologi terkini di platform digital sebagai kaedah baru penyampaian dakwah.

Sebagai contoh, menerusi Spotify TV AlHijrah, pelayar internet mempunyai pilihan mendengar semula bacaan Al-Quran, tazkirah, kuliah, nasyid dan rancangan-rancangan lain yang sebelum ini hanya dapat ditonton melalui televisyen. Lebih 200 kandungan audio Islamik akan dikemaskini setiap hari,” kata Namanzee.

Tambahnya, pihak mereka berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia dan berharap agar ia berterusan. Mereka turut menyeru dan membuka peluang buat rakan-rakan strategi korporat dan persendirian untuk sebarang bentuk kerjasama yang memanfaatkan ummah.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan televisyen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca