Lebih Sedekad Tidur Bersama Mayat, Lelaki Ini Gali Kubur Isteri Kerana Terlalu Sayang

Kisahnya pernah mendapat perhatian media dan pihak berkuasa sekitar tahun 2009, walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat pada waktu itu berpendapat ia hanyalah cerita rekaan yang sengaja disensasikan.

Walhal, itu adalah hakikat sebenar kehidupan seorang lelaki di Vietnam yang didorongi perasaan cinta yang mendalam sanggup menggali kubur isterinya, memasukkan jasad itu ke dalam plaster sebelum tidur bersamanya setiap malam selama hampir 17 tahun.

Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Le Van, 66, setelah isterinya meninggal dunia pada tahun 2003, dia menghabiskan kira-kira 22 bulan di pusara berkenaan sebelum akhirnya memilih untuk menggali terowong di dalam kubur pasangannya supaya mereka dapat tidur bersama.

Walau bagaimanapun, ‘hobi’ aneh Le Van terhenti apabila anak-anaknya mengetahui perkara tersebut dan melarangnya ke kuburan berkenaan. Oleh itu, pada bulan November 2004, Le Van bertindak menggali kubur isterinya dan membawa jasad berkenaan pulang ke rumah.

Lebih sedekad sudah berlalu semenjak hari itu namun, Le Van yang berasal dari wilayah Quang Nam itu masih lagi berkongsi tempat tidurnya dengan jasad isterinya.

Menurut bapa kepada tujuh orang anak itu, tiada siapa yang berani bertandang ke rumahnya apabila hal berkenaan diketahui umum. Malah, kesemua cahaya matanya, jiran tetangga dan polis sudah ‘menyerah kalah’ dengan kedegilan lelaki terbabit.

Meskipun berkerusi roda semenjak dua tahun lalu, Le Van tidak mengabaikan isterinya itu. Setiap hari, lelaki berkenaan dilaporkan akan membelikannya baju baharu dan alat solek.

“Semasa isteri saya masih hidup, dia tidak pernah memakai pakaian yang mahal dan cantik. Jadi, saya menunaikan hasratnya sekarang,” ujarnya.

“Orang ramai menganggap saya gila kerana menguruskan mayat tetapi, saya yakin isteri saya masih bersama saya.”

“Saya akan terus tidur di sisinya sehingga hari kematian saya tiba,” kata Le Van.

Untuk membaca artikel lain berkaitan hal-hal pelik dalam dunia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca