Demi Elak Rasa Membazir, Lelaki Ini Lamar Teman Wanita Dengan Cincin RM80

Menurut laporan The Sun, seorang wanita meluahkan kegembiraannya selepas dilamar oleh teman lelakinya beberapa minggu lalu setelah mereka bercinta selama tiga tahun.

AITA for being hurt about a cheap ring? from AmItheAsshole

Sumber: Reddit

Cincin yang diberikan oleh teman lelakinya itu merupakan sebentuk cincin perak yang bertatahkan batu permata jenis cubic zirconia. Cincin berkenaan kelihatan cantik pada pandangan pertama dan perasaannya ketika itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata menyebabkan dia menerima lamaran berkenaan serta-merta.

Namun, apa yang berlaku seterusnya merupakan titik permulaan kisah bagaimana hati wanita ini terluka. Selepas wanita itu menerima lamarannya, tunangnya pun mula membuka cerita mengenai kisah pembelian cincinnya.

Menurutnya, pemuda ini pelik kerana ada kawannya yang melamar teman wanitanya dengan cincin yang berharga £2,700 (RM14,347) dan menganggapnya satu pembaziran.

Wanita itu menjadi lebih terkejut selepas mendengar luahan teman lelakinya. Namun, luahan teman lelakinya itu melukakan hati wanita ini kerana, “Saya belikan cincin pertunangan ini daripada Amazon dengan hanya £15 (RM80) sahaja. Saya bersyukur kerana awak bukan seorang yang mementingkan harga barangan kemas.”

Sekiranya anda berada dalam situasi wanita berkenaan, hati anda pun akan menjadi terluka dan wanita berkenaan tidak terkecuali tetapi dia hanya mampu ketawa.

Wanita ini kemudiannya menjelaskan bahawa dia bukannya mahukan cincin yang mahal tetapi sekurang-kurangnya biarlah cincin berkenaan mempunyai nilai.

Dia turut menegaskan bahawa wang bukanlah satu masalah untuk tunangnya itu kerana, “Kami berdua mempunyai kerjaya yang stabil dan dia pun bekerja dalam bidang teknologi.”

Tambahnya, “Saya rasa sedih kerana sebentuk cincin yang melambangkan komitmennya kepada saya berharga lebih murah daripada harga permainan video baharu.”

Walaupun dia masih terkejut dengan harga cincin berkenaan, dia masih teruja untuk berkahwin dengan teman lelakinya dan dia turut mengaku bahawa dia suka rupa cincin berkenaan.

Luahan wanita berkenaan pada media sosial Reddit itu menerima lebih daripada 1,300 komen. Rata-rata warganet yang meninggalkan komen tersebut meluahkan bahawa lelaki itu bersalah dalam hal ini dan wanita itu berhak untuk berasa kecewa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca