Lebih Kejam Daripada Abang, Siapa Sebenarnya Kim Yo-jong?

Korea Utara ialah sebuah negara yang dipimpin oleh sebuah keluarga sejak tahun 1948. Negara yang mengamalkan sistem komunisme ini selalu menjadi bualan ramai kerana pemerintahnya iaitu Kim Jong-un sering melakukan perkara-perkara di luar kebiasaan.

Walau bagaimanapun, pengamal media antarabangsa kini beralih arah ke adik bongsu Jong-un iaitu Kim Yo-jong yang dipanggil sebagai ‘Puteri’ oleh kebanyakan penduduk Korea Utara.

Disebut sebagai seseorang yang dingin dan lebih kejam daripada diktator tersebut, Yo-jong telah mencuri perhatian masyarakat di seluruh dunia selepas mengarahkan angkatan tenteranya untuk memusnahkan pejabat perhubungan Korea Selatan di Kaesong.

Tidak berhenti di situ, adik perempuan Jong-un ini turut mengeluarkan beberapa kritikan terhadap pemerintah Korea Selatan dan juga mengancam akan menggerakkan angkatan tenteranya ke negara itu.

Sekiranya sebelum ini beliau hanya dianggap sebagai seorang kakitangan biasa yang sering menemani Jong-un ke mana-mana sahaja lelaki itu pergi, Yo-jong kini menjelma sebagai salah seorang pemimpin Korea Utara yang diakui di seluruh negara komunis.

Sumber: Getty Image

Yo-jong pertama kali muncul di khalayak umum ketika menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan dua tahun lalu.

Selain itu, Yo-jong turut dilihat bersama-sama abangnya ketika bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pada pendapat anda, adakah Yo-jong akan menjadi seorang pemimpin yang lebih agresif daripada abangnya sekiranya beliau memerintah negara itu pada masa hadapan?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan pemimpin Korea Utara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca