Lebih Ganas Dan Menggerunkan, Kenali 5 Haiwan Prasejarah Yang Lebih Menakutkan Daripada Dinosaur

Dinosaur pernah menguasai bumi sejak ratusan juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, planet kita bukan sahaja dihuni oleh dinosaur tetapi pelbagai haiwan prasejarah yang lain. Mereka mungkin masih berkuasa sehingga hari ini sekiranya tidak pupus berjuta tahun yang lalu.

Berikut kami kongsikan lima haiwan prasejarah yang lebih menakutkan daripada dinosaur:

1. Titanoboa

Titanoboa adalah ular terbesar yang pernah wujud. Haiwan ini mempunyai ukuran lebih daripada 12 meter dan boleh mencapai berat 1,100 kilogram.

2. Liopleurodon

Liopleurodon adalah reptilia marin yang wujud dan pupus pada masa yang sama dengan dinosaur. Haiwan ini boleh mencapai berat lebih daripada 1,500 kilogram dan mempunyai ukuran lebih 10 meter

3. Sarcosuchus

Sarcosuchus atau lebih dikenali sebagai SuperCroc mempunyai saiz melebihi 12 meter panjang dan dua kali ganda panjang seekor buaya terbesar hari ini. Haiwan ini juga dianggarkan seberat lapan tan dan mampu berhadapan dengan mana-mana pencabar sekalipun.

4. Mosasaurus

Dengan saiz melebihi 18 meter panjang, Mosasaurus merupakan reptilia laut yang terbesar ketika itu. Ia juga salah satu makhluk paling berbahaya yang mendiami kawasan perairan.

5. Megalodon

Jerung megalodon adalah salah satu spesis yang paling terkenal. Jerung ini dianggarkan boleh membesar melebihi 18 meter panjang dengan berat 50 hingga 100 tan dan merupakan jerung yang paling besar pernah wujud.

Kehidupan haiwan ganas ini masih menjadi misteri sehingga kini. Sekiranya ada yang masih hidup, pasti anda akan tahu mengenainya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca