Lebih 70 Banduan Berbahaya Lolos Dari Penjara

Lebih 70 banduan yang digambarkan sebagai sangat bahaya berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara yang bertempat di Paraguay. Mereka dilaporkan berbuat demikian dengan menggali sebuah terowong. Operasi meloloskan diri itu dipercayai mendapat kerjasama dengan pegawai penjara tersebut.

Susulan itu, Menteri Kehakiman iaitu Cecilia Perez mengatakan bahawa pengarah penjara di bandar Pedro Juan Caballero berhampiran sempadan Brazil dipecat bersama enam pegawai penjara lain.

“Ia adalah operasi yang mengambil masa beberapa hari dan mustahil pegawai tidak menyedari mereka cuba untuk lari,” katanya tidak menolak kemungkinan pegawai yang terlibat telah diberi rasuah.

Memetik laporan Sinar Harian, banduan yang lolos berjumlah 76 orang termasuk 40 rakyat Brazil dan 36 warga tempatan serta membabitkan anggota kumpulan jenayah paling berkuasa di Brasilia, First Capital Command (PCC).

Difahamkan, mereka melarikan diri dari bilik air penjara dan jarak antara terowong dengan pondok pengawal terdekat hanya 25 meter sahaja.

Selain ratusan beg pasir, pihak berkuasa turut menemukan lima van yang hangus dibakar di bandar Ponta Pora yang digunakan untuk melarikan diri.

Jurucakap polis iaitu Elena Andrada memberitahu, banduan menggali terowong yang lengkap dengan pencahayaan dalaman seperti biasa dilihat dalam filem.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan empat penjara paling ketat di dunia. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk baca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca