Lebih 400 Pengunjung Langkawi Terkandas 8 Jam Di Terminal, Feri Besar Rosak Punca Jeti Sesak

Penularan video dan gambar memaparkan keadaan sesak dan tegang antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah petang semalam sehingga malam tadi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri.

Difahamkan, situasi tegang mencetuskan ‘perang mulut’ gara-gara keletihan kerana terpaksa menunggu terlampau lama.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik bersama video terbabit, penumpang mendakwa kejadian sesak itu berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam. Para penumpang sudah berada di situ sejak pukul 2.30 petang hingga 10.30 malam.

Sehingga kini, video tersebut meraih sehingga 1.3 juta penonton dan terdapat pelbagai reaksi waraganet mengenainya.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika mengesahkan kejadian itu, menjelaskan bahawa situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.

“Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.

“Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, pagi tadi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca