Masih Dalam Pencarian, Ramai Mangsa Terlibat Dalam Tanah Runtuh Batang Kali

Terkini, 94 individu telah ditemui akibat tanah runtuh yang baru sahaja berlaku pagi tadi di Batang Kali-Genting Highlands.

Ramai mangsa tanah runtuh terperangkap di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis beritahu bahawa panggilan kecemasan telah diterima pada jam 2.24 pagi dan penyelamat pula tiba pada jam 3 pagi.

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, mangsa pertama yang telah dijumpai adalah pada jam 5.40 pagi.

“Jumlah sebanyak 363 penyelamat dari 15 agensi masih sedang mencari mangsa-mangsa yang hilang dengan menggunakan anjing pengesan,

“Saya juga telah minta ketua polis negara (Tan Sri Acryl Sani Bin Abdullah Sani) menggerakkan 30 ahli dari Pasukan Gerakan Am untuk membantu dalam pencarian dan kerja menyelamat,” terang beliau dari tempat kejadian.

Bilangan mangsa yang dijumpai mungkin sudah ada perubahan memandangkan pencarian ini masih berjalan.

Dalam masa yang sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu telah arahkan ketua polis Hulu Selangor untuk tutup semua tapak perkhemahan dan kawasan sungai daerah buat sementara waktu.

Jalan Batang Kali ke arah Genting Highlands juga masih ditutup agar operasi pencarian dapat bergerak dengan lancar.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca