Imej baharu pengacara kontroversi, Azwan Ali dalam program Lagu Cinta Kita di TV3 malam semalam mendapat pujian daripada warganet. Beliau yang lengkap memakai sut dengan gaya dandanan rambut lelaki kelihatan berbeza dengan imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini. Pengacaraannya juga ternyata masih lagi memiliki aura dan tidak menghampakan.

Sebelum ini, Azwan Ali sering muncul di kaca TV dengan memakai selendang dileher dan penutup rambut ketika muncul di mana-mana acara. Justeru itu, penampilan Azwan Ali semalam mendapat pujian warganet termasuklah adiknya, Ummi Hafilda.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ummi berkata, walaupun terperanjat, dia mengakui abangnya memiliki pengaruh besar sebelum ini sebagai pengacara dan penerbit program disegani.
“Baguslah diva AA (Azwan) balik ke imej asal di zaman kegemilangannya di TV3 suatu ketika dulu as pengacara terbaik Asia dan penerbit yang cukup berpengaruh dengan program program berprestij dan meletop hingga melonjakkan rating TV3 ketika itu seperti Juara Lagu, Melodi, Sampaikan, Chit Chat dan lain-lain. Terperanjat juga buka televisyen sekejap ini..muncul dia dan Elly Mazlien dalam rancangan baru, Lagu Cinta Kita di TV3,” tulisnya.
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet memberikan respon yang positif mengenai imeh baharunya itu.
See my level! #AzwanAli2020 #LaguCintaKita2 pic.twitter.com/rDMrd9onQs
— tv3malaysia (@tv3malaysia) November 8, 2020
Azwan Ali is back as Azwan Ali 👏🏻
— Yuyu Aziz (@yuyuaziz) November 8, 2020
As an experienced TV host, he knows how to maintain his composure. A well-trained host like Azwan Ali still uses his diaphragm voice even for entertainment prog. Maka, tidaklah memekik nyaring macam segelintir host sekarang. #LaguCintaKita
#lagucintakita2
— ameeraarissa (@missjulia0311) November 8, 2020
Azwan Ali 2020 & Elly mazlien the best host
See My Level. Welcome Back Azwan Ali 2020 ! Berbillion billion natizen Malaysia tengok Diva AA. @DivaAATersohor. Suara jantan Diva AA tetap bagi aku the best class to be host.#lagucintakita2
— Mohamad Faizal Haramaini (@faizalharamaini) November 8, 2020
Untuk baca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: