Lebih 1 Juta Maklumat Peribadi Pelajar UiTM Bocor

Portal Lowyat.net melaporkan sejumlah 1,164,540 rekod peribadi yang dimiliki oleh pelajar yang mendaftar dalam pelbagai kursus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) antara tahun 2000 dan 2018 telah dibocorkan di dalam talian.

Data yang dibocorkan itu merupakan maklumat terperinci pelajar daripada kampus induk UiTM Shah Alam, serta 13 buah kampus yang terletak di negeri dalam Malaysia. Turut terjejas ialah pelajar yang berdaftar dalam kursus akreditasi oleh UiTM iaitu Kolej INPENS, Kolej Yayasan Terengganu, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Institut Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Kolej UNITI, Kolej Chermai Jaya, Kolej Lagenda Langkawi dan Institut Teknologi Perak.

Butiran peribadi dalam data yang termasuk ID Pelajar, Nama Pelajar, Nombor MyKAD, Alamat Rumah, Alamat E-mel, Kod Campus, Nama Kampus, Kod Program, Tahap Kursus serta Nombor Telefon bimbit.

Foto: Lowyat.net
Foto: Lowyat.net

Berdasarkan dump data yang telah diperiksa oleh portal Lowyat.net, mereka pasti bahawa pangkalan data itu tidak berasal dari mana-mana perkhidmatan dalam talian UiTM. Mereka memutuskan kemungkinan ia terjadi kerana kelemahan sistem sekuriti di dalam talian yang turut dieksplotasikan.

Menurut mereka lagi, perkara ini berlaku antara bulan Februari dan Mac 2018 dan pihak UiTM menyedari berkenaan kebocoran data tersebut tetapi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Mungkin Pihak UiTM masih menjalankan penyiasatan tentang perkara ini. Jadi, pelajar UiTM jangan berasa cemas ya.

Sumber: Lowyat.net

Artikel Lain Untuk Di Baca