Lebam Misteri Muncul Di Badan Bermaksud Anda Dicintai Jin?

Setiap orang pasti pernah mengalami lebam-lebam di badan iaitu di tangan, kaki dan bahagian paha. Ramai orang menganggap bahawa lebam di badan berpunca daripada dihisap jin. Sejauh manakah kebenaran tersebut, adakah semua itu benar atau hanyalah mitos belaka? Mari kita rungkaikan punca berlakunya lebam-lebam di badan.

Antara punca berlakunya lebam tersebut adalah kerana:

1. Kecederaan seperti terhantuk, terlanggar sesuatu objek keras atau akibat daripada cengkaman kuat dan tersepit.

2. Proses penuaan menyebabkan kulit menjadi nipis dan saluran darah kecil dalam lapisan kulit mudah tercedera.

3. Pengambilan ubat mencair darah seperti aspirin dan warfarin.

4. Masalah perubatan iaitu masalah pendarahan (Leukimia atau Hemofilia), jangkitan Denggi Berdarah, Sesis, penyakit SLE, Vaskulitis dan sebagainya.

5. Kekurangan zat juga mampu menyebabkan berlakunya lebam-lebam pada badan.

Kesimpulannya, lebam yang disebabkan oleh benda ghaib mungkin benar akan tetapi lebam yang dikatakan berlaku kerana reaksi dalaman tubuh adalah jauh lebih logik.

Oleh itu, janganlah terlalu taksub dengan kepercayaan misteri sehingga penyakit dalam tubuh melarat kerana tersalah anggap bahawa lebam itu adalah perbuatan jin semata-mata.

Penulis

  • Resiani Kaing adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca