Sebelum ini, kami telah kongsikan dengan anda rakyat-rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Forbes’ 2019 Billionaires iaitu senarai orang terkaya di dunia. Turut tersenarai dalam laporan tersebut adalah Kylie Jenner di mana beliau telah mengatasi Mark Zuckerberg sebagai jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri.
Model dan personaliti televisyen yang baru sahaja berusia 21 tahun itu memiliki empayar sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian, sebuah aplikasi telefon pintar iaitu Kylie Jenner Official App dan kesemuanya itu bernilai $900 juta (RM363 bilion).
The 71 youngest billionaires in the world are worth a collective $299 billion—up from $265 billion last year https://t.co/X0YPTJFrRa #ForbesBillionaires pic.twitter.com/wWDKH1zaCa
— Forbes (@Forbes) March 5, 2019
Kylie yang merupakan adik tiri kepada bintang realiti terkenal Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini telah membina empayar perniagaannya itu dalam masa tiga tahun sahaja dan beliau kini berada di kedudukan ke-2,057 sebagai orang paling kaya di dunia setakat ini.
Haven't we gone over this?
Self-made: Having succeeded in life unaided.https://t.co/g0ZHDSkVfu https://t.co/3O48zKsInN
— Dictionary.com (@Dictionarycom) March 5, 2019
Namun begitu, ada sesetengah pihak mempersoalkan tindakan Forbes yang memberi gelaran ‘the youngest self-made billionaire’ kepada Kylie. Dictionary.com telah memuat naik satu tweet yang agak sarkastik di mana ia telah menerangkan definisi self-made itu.
Pada tahun 2018, benda yang sama telah terjadi apabila Forbes meletakkan Kylie dalam senarai ‘Self-Made American Women’. Satu akaun di laman Twitter telah bertindak menyatakan definisi self-made dan mempersoalkan kelayakan Kylie untuk menerima gelaran tersebut.
Apabila difikirkan semula, ada betulnya juga apa yang diperkatakan itu. Seawal usia 10 tahun, Kylie telah membuat penampilan pertamanya dalam siri televisyen Keeping Up With the Kardashians. Sekiranya pendapatan Kylie bergantung pada siri televisyen tersebut, definisi self-made billionaire itu sememangnya tidak sepadan dengannya.
Pada masa yang sama, Kylie mempunyai pengaruh yang besar di media sosial di mana beliau mempunyai 128 juta pengikut di Instagram. Perkara ini telah menyumbang kepada kejayaan perniagaannya terutama sekali Kylie Cosmetics.
Malah, menjadi sebahagian daripada keluarga Kardashian diibaratkan seperti tiket untuk Kylie berjaya dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Rata-rata daripada keluarga tersebut mempunyai latar belakang dalam bidang bisnes, jadi mengatakan Kylie ini self-made seolah-olah tidak wajar apalagi membandingkannya dengan Mark Zuckerberg yang hidupnya tidak seglamor Kylie.
Untuk melayakkan seseorang itu digelar sebagai self-made, dia haruslah memenuhi kriteria di mana kejayaannya itu tidak dibantu oleh mana-mana pihak. Dalam erti kata lain, kejayaan itu terhasil atas usaha dan titik peluh sendiri. Jadi, apa pendapat anda semua? Layak atau tidak Kylie menggantikan Mark Zuckerberg sebagai bilionair termuda dunia?