“Laungan Azan Kedengaran Seketika, Melihat Bumi Dengan Mata Sendiri.” – Respon Dr Sheikh Muszaphar Menjawab Dakwaan Bumi Rata

Baru-baru ini tular mengenai Suhaimi Saat yang turut mencabar angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi ini berbentuk sfera. Malah sebelum ini Suhaimi Saad pernah dikecam warganet berikutan kenyataannya bahawa saiz bulan dan matahari adalah hampir sama.

Bagaimanapun, Dr Sheikh Muszaphar Shukor tampil menjelaskan bentuk sebenar bumi yang menjadi pertikaian. Menurutnya, bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, berbentuk geosfera. Tidak seperti bola tetapi lebih kepada bentuk telur.

View this post on Instagram

Pic – Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar … Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah …SubhanAllah … And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn … Love As Always … PS – Just wanted to straighten the facts !

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000km sejam.

“Melihat kebesaran maha pencipta yang amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. Masya-Allah. Subhanallah!”

Doktor bedah ortopedik itu berkata, setiap manusia perlu ke angkasa lepas sekiranya diberikan peluang.

“Ia mengubah perspektif anda mengenai kehidupan secara menyeluruh, menjadikan anda lebih yakin dengan Pencipta. Pengalaman (di angkasa lepas) sangat memukau dan menakjubkan.”

Menurut Dr Sheikh Muszaphar Syukor, adalah sukar untuk mengubah pandangan penyokong teori bumi datar yang meyakini bumi berbentuk rata.

Seorang pensyarah Fizik yang dikenali sebagai Aizz Irfan juga turut berkongsi ilmu beliau tentang isu yang mana Suhaimi Saad berkata bahawa bumi ini berbentuk rata atau ‘flat’. Kenyataan beliau menerusi Twitter miliknya ini telah mendapat 2,990 retweets dan 2,021 likes.

https://twitter.com/AizzIrfan/status/1096021571909562368?s=19

https://twitter.com/AizzIrfan/status/1096029769739554816?s=19

Oleh itu, menerusi akaun Twitter di atas, beliau juga membuktikan bahawa bumi adalah berbentuk sfera dan bukannya rata. Beliau menceritakan fakta pembentukan bumi melalui sudut fizik.

Artikel Lain Untuk Di Baca