Lari Daripada Konteks Asal Dan Mula Serang Fizikal Syifa Melvin, Warganet Kini Makin Melampau

Baru-baru ini, kecoh mengenai isu antara penyerang pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid dan teman wanitanya, Syifa Melvin di mana gadis itu didakwa menjadi punca utama prestasi pemain itu merudum. Malah, pemilik pasukan JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut memuat naik beberapa Instagram Stories berkaitan hal tersebut di laman Instagram beliau.

Beberapa hari yang lepas, TMJ ada memuat naik satu hantaran di Instagram Stories beliau di mana ia merupakan petikan kata yang berbunyi, “Saya boleh memadam 90% daripada kecantikan awak dengan menggunakan tuala basah.” Namun begitu, TMJ tidak ada menyebut kepada siapa hantaran itu mahu ditujukan.

Walau bagaimanapun, ada segelintir warganet yang berpendapat bahawa ia sebenarnya ditujukan kepada Syifa. Semalam, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan satu akaun di laman Facebook berkongsi hantaran TMJ itu berserta foto Syifa mengenakan mekap dan tanpa sebarang mekap.

“Betul kata TMJ,” demikianlah coretan pada kapsyen foto tersebut.

Tinjaun kami di ruangan komentar mendapati rata-rata menganggap hantaran tersebut sebagai satu perkara yang menghiburkan tanpa sebarang rasa bersalah. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warganet:

Tidak dinafikan, sudah menjadi lumrah masyarakat kita yang tidak mahu terlepas untuk melemparkan kecaman bagaikan tiada hari esok kepada seseorang seolah-olah ia merupakan satu pertandingan. Memang benar, bersetuju atau tidak dengan sesuatu perkara memang hak setiap individu tetapi janganlah sesekali kita lari daripada konteks asal sehingga menyentuh soal keluarga, agama dan fizikal seseorang.

Kami tidak berpihak kepada Syifa mahupun Safawi atau TMJ dalam hal ini tetapi adalah tidak wajar untuk kita menghina fizikal seseorang hanya kerana kita berasakan apa yang dia buat itu salah. Sebelum jari-jemari anda ligat menaip coretan berbaur hinaan terhadap fizikal Syifa atau sesiapa sahaja, letak diri anda di tempat mereka terlebih dahulu. Apa agaknya perasaan anda apabila diperkatakan sedemikian rupa?

Untuk baca artikel lain mengenai isu Syifa Melvin dan Safawi Rasid, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca