Lari Dari Pusat Sembelihan, Lembu Ini Dilihat Bermain Gelongsor Air

Selepas didakwa melarikan diri dari sebuah pusat sembelihan, seekor lembu di Brazil mencuri perhatian orang ramai apabila ia dirakam bermain gelongsor di sebuah taman tema air.

Walaupun berjaya melarikan diri daripada disembelih, haiwan itu berisiko terjatuh dari gelongsor air yang tinggi. Lembu itu bernasib baik kerana gelongsor air yang direka untuk menampung berat sehingga 204 kilogram itu masih berupaya menampungnya yang seberat 318 kilogram daripada terjatuh ke bawah.

Sumber: Syok

Sekiranya anda menonton video tersebut, lembu itu dilihat memanjat tangga dan kemudiannya menggelongsor turun ke dalam kolam. Selepas itu, lembu terbabit berjemur di bawah matahari dan mengambil sedikit masa untuk merenung ke arah jurukamera di taman tema air yang kosong tersebut.

Tidak lama selepas itu, lembu tersebut kemudiannya ditemui di Rio de Janeiro. Pemilik ladang ternak terbabit berjaya menangkap lembu itu semula dan membuat keputusan untuk menjadikan ia haiwan peliharaan. Beliau kemudiannya memberi nama Toboga kepada lembu itu yang membawa maksud gelongsor dalam bahasa Portugis.

Sekiranya melihat seekor lembu bermain gelongsor air seperti dalam video ini, apa yang akan anda lakukan? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca