Lapangan Terbang ‘Tapak Sulaiman’ Kini Mula Beroperasi

Lapangan terbang futuristik yang baharu telah dibuka di Beijing. Presiden China, Xi Jinping telah merasmikan pembukaan lapangan tersebut pada 25 September 2019 dan ia dijangka bakal menjadi antara yang tersibuk di dunia.

Xi mengisytiharkan pembukaan lapangan terbang berbentuk tapak sulaiman itu akan diadakan beberapa hari sebelum China mengadakan sambutan 70 tahun pemerintahan Komunis. Lapangan terbang itu dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing.

Sumber: The Guardian

Terletak 46 kilometer di selatan Dataran Tiananmen, lapangan terbang ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2040 dengan lapan landasan dan berpotensi untuk menerima 100 juta penumpang setahun.

Menurut Xi, lapangan terbang ini merupakan simbolik tentang ‘impian China’ untuk rakyatnya. Lapangan terbang itu akan menawarkan terminal tunggal terbesar di dunia.

Sumber: Reuters

Bangunan ini direka oleh Zaha Hadid dengan kawasan seluas 700,000 meter persegi atau kira-kira saiz 100 padang bola sepak. Lapangan terbang ini juga menghubungkan stesen kereta api dan metro untuk menghubungkan penumpang ke pusat bandar raya.

Terdapat beberapa syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa yang telah mengumumkan laluan baharu mereka ke Lapangan Terbang Daxing. Syarikat penerbangan tersebut ialah China Southern Airlines, China Eastern Airlines, Air China, British Airways dan Finnair.

Walaupun lapangan terbang ini unik daripada rupa bentuknya, tetapi bangunan ini mempunyai fungsi yang sama seperti lapangan terbang yang lain. Lapangan terbang ini juga luas dan kita berkemungkinan menjadi sebahagian penumpang yang terpilih untuk mendarat di lapangan terbang tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca