Laos pada Rabu mengumumkan bahawa mereka berjaya memerangi wabak COVID-19 selepas semua 19 pesakit dibenarkan keluar hospital dan tiada kes baharu dilaporkan selama 59 hari berturut-turut, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Perdana Menteri Laos iaitu Thongloun Sisoulith pada sidang media di Vientian berkata, kejayaan itu hasil kerjasama diberikan semua pihak termasuk rakyat yang melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan penuh tanggungjawab dan kesederan yang tinggi.
Terdapat beberapa sebab lain yang turut menyumbang kepada kemenangan itu, termasuklah langkah pencegahan awal yang diambil dan keutamaan diberikan dalam usaha memerangi pandemik oleh kepemimpinan negara terebut
Tambah beliau, sokongan serta bantuan yang tepat pada masanya daripada semua sektor, organisasi antarabangsa dan negara luar turut mendorong kepada kejayaan usaha ini.
Beliau menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau keadaan dan mengkaji langkah-langkah pencegahan serta kawalan bagi memastikan rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan operasi perniagaan dapat dibuka semula secara berperingkat.
Sebelum ini, Laos mengumumkan dua kes pertama COVID-19 pada 24 Mac. Menakala pesakit terakhir dibenar keluar hospital pada Selasa lalu.
Laos telah berjuang memerangi COVID-19 sejak lebih dua bulan lalu.
Semoga perkara ini menjadi pendorong untuk negara-negara lain untuk mengikuti jejak langkah Laos. Diharapkan semua pihak terus bekerjasama untuk menang perangi COVID-19 ini.
Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: