Lantik Setiausaha Daripada Golongan Transgender? Syed Saddiq Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dikaitkan dengan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kontroversi tercetus apabila foto yang dimuat naik oleh beliau menerusi akaun Instagramnya menimbulkan seribu persoalan dan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Gambar yang memperlihatkan beliau bersama dengan setiausahanya selepas sesi mesyuarat berlangsung telah mengundang pelbagai andaian negatif para warganet.

Rata-rata pengguna media sosial beranggapan bahawa beliau telah melantik seorang setiausaha daripada golongan transgender.

Menyedari isu ini semakin menjadi perhatian ramai, beliau telah memuat naik posting menerusi akaun Instagramnya bagi menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Menerusi posting tersebut, beliau menyangkal dakwaan warganet dengan menjelaskan bahawa individu wanita berkenaan merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Bahkan, wanita itu juga bukan setiausaha kepada beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta kepada semua pihak agar tidak memberi tumpuan kepada isu-isu remeh. Sebaliknya, fokus kepada hal berkaitan rakyat yang sebenar.

Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa wanita berkenaan bersama dengan satu kumpulan lagi mengadakan perbincangan mengenai e-Sports selama 30 minit. Bagaimanapun, isu atau perkara yang timbul dalam kalangan warganet sama sekali tidak berkaitan dengan pertemuan mereka.

Kesimpulannya, elakkan daripada terus melakukan spekulasi tanpa bukti yang kukuh. Jadilah masyarakat yang bijak daripada terus melakukan andaian yang belum tentu tepat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca