Lantang Tolak Vaksin, Antivaksin Ini Akhirnya Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Seorang lelaki berasal dari California yang seringkali lantang menolak vaksin telah dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 baru-baru ini.

Stephen Harmon dikatakan menolak suntikan vaksin dan cukup lantang mengutuk kebaikan vaksinasi di laman media sosialnya.

Lelaki berusia 34 tahun itu tegas mengatakan bahawa dia tidak akan sesekali menerima suntikan vaksin untuk mengawal jangkitan COVID-19.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah menyatakan bahawa dia lebih mempercayai kitab Bible berbanding pakar kesihatan di Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.

Namun begitu, Harmin telah menerima rawatan di Corona Regional Medical Center di Los Angeles akibat pneumonia dan COVID-19 sejak sebulan lalu sebelum dia meninggal dunia.

Sebelum itu, Harmon dilihat sempat merakam gambarnya dengan bantuan oksigen di katil hospital sambil meminta agar orang ramai mendoakan kesihatannya di laman Twitter dan Instagramnya.

Harmon memberitahu dia memilih untuk diintubasi dan tidak tahu bila akan sedar semula melalui hantarannya padah hari Rabu yang lalu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca