Lantai Kotor Jadi Tempat Berteduh Kanak-Kanak Gelandangan

Ketika kita sedang selesa duduk di rumah menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagaimana pula dengan nasib gelandangan yang tiada sumber pendapatan dan tempat untuk mereka berteduh?

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita bernama Marhamah Rosli telah berkongsi mengenai kanak-kanak gelandangan yang dikenalinya.

Berdasarkan perkongsian wanita tersebut, sebelum ini terdapat beberapa peniaga makanan yang berdekatan sering memberi makan kepada sekumpulan kanak-kanak gelandangan ini. Namun, sejak tempoh PKP dilaksanakanan, mereka ini sukar untuk mendapatkan bantuan.

Dalam pada itu, wanita tersebut menyeru agar sekiranya terdapat orang awam yang terserempak dengan mereka, mohonlah dibantu.

Wanita tersebut juga sempat berkongsi serba sedikit mengenai asal usul dan latar belakang kanak-kanak ini dan faktor menyebabkan mereka hidup tidak berumah.

Kanak-kanak itu dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri daripada mana-mana negara. Kanak-kanak tersebut digelar ‘palauh’ iaitu golongan manusia dalam kategori stateless. Pada asalnya ras atau etnik ini cuma naik ke darat untuk mendapatkan stok makanan ubi dan air bersih.

Diharapkan agar pihak bertanggungjawab dapat mengenal pasti identiti kanak-kanak ini agar mereka ditempatkan di pusat perlindungan atau mana-mana badan kebajikan.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca