9 Langkah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Yang Anda Perlu Tahu

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Bina rumah di atas tanah sendiri merupakan salah satu matlamat hidup jangka panjang bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Terdapat banyak kelebihan bina rumah atas tanah sendiri berbanding membeli kediaman sedia ada kerana anda boleh membina tempat tinggal yang jauh lebih besar dan luas mengikut bajet dan kehendak masing-masing.

Walau bagaimanapun, ramai orang tidak tahu selok-belok dalam merancang pembinaan teratak impian yang menepati cita rasa sehingga habis wang bajet ke tempat yang tidak sepatutnya sampai melebihi kos sebenar.

Bagi mengelakkan anda daripada membuat kesilapan atau menghadapi sebarang masalah sepanjang proses membina tempat kediaman idaman, kami kongsikan sembilan cara bina rumah impian atas tanah sendiri yang semua orang perlu tahu dalam artikel ini.

1. Nama sendiri perlu ada di dalam geran tanah

Syarat utama bina rumah impian di atas tanah sendiri adalah memastikan struktur tanah itu kukuh dan bukannya terletak di kawasan banjir atau tanah runtuh.

Selepas itu, anda perlu menyemak hak milik dan geran tanah untuk memperoleh kelulusan bagi membina rumah sendiri. Geran tanah ini sangat penting kerana ia mengandungi pelbagai maklumat seperti status pemilikan, jenis pegangan dan kediaman yang boleh dibangunkan serta semua syarat dan sekatan yang perlu dipatuhi.

Menurut portal rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Seksyen 52 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 menjelaskan semua tanah yang diberi milik terbahagi kepada tiga kategori kegunaan iaitu pertanian, bangunan dan industri.

Semua pemilik tanah sepatutnya menggunakan tanah berkenaan mengikut kategori kegunaannya dan syarat nyata dalam hak milik. Kegagalan berbuat demikian adalah melanggar syarat yang telah ditetapkan dan Pihak Berkuasa Negeri boleh merampas balik tanah tersebut.

Tuan tanah yang ingin menggunakan tanahnya untuk kategori selain daripada yang tercatat dalam hak milik perlu mengubah kategori kegunaan tersebut.

Seksyen 124 dan 124A KTN dan Kaedah-Kaedah Tanah Negeri membolehkan tuan tanah berbuat demikian. Pihak Berkuasa Negeri akan mengenakan bayaran premium tambahan ke atas setiap permohonan tukar syarat yang diluluskan.

Untuk membina rumah idaman sendiri, anda perlu memastikan kategori tanah dalam geran berstatus bangunan. Untuk memastikan proses pembinaan rumah anda berjalan dengan lancar, syarat utama bina rumah atas tanah sendiri adalah menggunakan tanah mengikut kategori kegunaan dan syarat nyata dalam hak milik geran.

Sekiranya ia berstatus pertanian, anda perlu mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah/Pejabat Tanah dan Galian yang berkenaan dengan syarat-syarat ditetapkan untuk mengubah kategori kegunaan tanah.

Selain itu, geran tanah sangat penting untuk membuktikan siapa pemilik mana-mana hartanah atau tanah. Apabila nama tidak ada dalam geran tanah, hak milik anda sebagai pembeli ke atas tanah boleh dipertikaikan bila-bila masa sahaja.

Menurut PropertyGuru, semua transaksi yang berlaku sebelum hartanah itu didaftarkan ke atas hak milik pembeli tidak dilindungi oleh undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Sekiranya ditipu dalam mana-mana skim jual beli tanah, anda tidak boleh menerima sebarang pampasan atau ganti rugi. Atas sebab itu, ia sangat penting untuk penjual dan pembeli memastikan semua urus niaga dan perjanjian yang dilakukan berakhir dengan pendaftaran nama pemilik ke atas hak milik atau geran tanah.

2. Bajet untuk pembinaan rumah

Sekiranya mahu membina rumah di atas tanah sendiri, anda perlu menetapkan bajet untuk tanah dan juga rumah. Jika perlu membuat pinjaman, anda perlu menyemak jumlah maksimum loan yang boleh dibuat dengan pihak bank untuk melancarkan proses pembinaan teratak impian anda.

Walaupun boleh membuat pengeluaran daripada akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ia hanya boleh dikeluarkan setelah kerja binaan berjalan dan kontrak telah ditandatangan berserta kelulusan binaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jumlah keluasan rumah, kualiti bahan binaan, struktur dan reka bentuk rumah adalah beberapa faktor yang bakal mempengaruhi bajet untuk pembinaan tempat kediaman jadi anda perlu membuat perancangan dengan teliti ketika mahu membina rumah di atas tanah sendiri.

3. Idea dan konsep rumah

Selepas membeli tanah, anda boleh mencari idea-idea binaan rumah di Pinterest ataupun taip sahaja di Google untuk mendapatkan idea bergambar sama ada untuk pelan rumah, reka bentuk dalaman ataupun rupa luaran rumah.

Selain itu, anda perlu tahu konsep impian rumah secara asas seperti jumlah bilik dan bilik air, kedudukan ruang tamu dan dapur serta anggaran jumlah keluasan rumah.

Apabila mengetahui konsep yang anda inginkan, ia akan memudahkan perbincangan dengan pelukis pelan ataupun arkitek untuk membina teratak impian.

Pihak pelukis pelan ataupun arkitek boleh memberikan idea untuk membantu reka bentuk rumah sama seperti konsep yang anda idamkan.

Anda perlu mencari kontraktor terbaik yang mampu membantu merealisasikan konsep binaan rumah yang diimpikan mengikut jumlah keluasan kaki persegi dan rekaan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

4. Pasukan yang bertauliah

Sumber: PropertyGuru

Sekiranya mahu membina rumah tanah sendiri, anda perlu melantik pasukan yang terdiri daripada pelukis pelan, arkitek, juruukur, kontraktor dan peguam bertauliah untuk menguruskan kontrak perjanjian.

Kami sarankan anda menyemak kelulusan dan latar belakang kontraktor terlebih dahulu dan pastikan individu yang dilantik itu berdaftar dengan badan berwajib seperti CIDB dan SSM terlebih dahulu.

Tugas kontraktor adalah untuk mereka bentuk rumah berdasarkan bajet, kualiti dan tempoh yang dipersetujui pelanggan.

Selain itu, pihak kontraktor akan menyediakan pelan lukisan rumah yang sesuai untuk dihantar kepada pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan permit pembinaan rumah.

Apabila rumah siap dibina, arkitek akan mengeluarkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang menandakan rumah tersebut selamat untuk didiami.

Juruukur akan membantu mengukur keluasan sempadan rumah dan menjalankan kerja-kerja mengukur tanah yang lain. Sementara menunggu kelulusan pelan daripada pihak berkuasa tempatan, anda boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (sekiranya merupakan penjawat awam) ataupun pihak bank untuk membina rumah impian atas tanah sendiri.

Untuk menjimatkan masa, kami menyarankan anda melantik kontraktor cekap dan menawarkan pakej bina rumah atas tanah sendiri yang menyeluruh.

Jika mahu bina rumah atas tanah sendiri di Kelantan, anda boleh melantik kontraktor seperti Home Hunters yang menawarkan pakej lengkap dengan pelan bangunan dan menghantar dokumen-dokumen berkaitan ke PBT, submission dan kelayakan pinjaman pelanggan, kos guaman serta konsultasi percuma untuk pembinaan rumah dan rekaan dalaman.

5. Perjanjian membina rumah

Sumber: Academia

Untuk membina rumah idaman atas tanah sendiri, anda perlu mendapatkan sebut harga daripada kontraktor.

Jika menggunakan pinjaman untuk bina rumah atas tanah sendiri, anda perlu menghantar dokumen termasuk sebut harga untuk membuat permohonan pembiayaan kepada LPPSA (bagi penjawat awam) ataupun pihak bank untuk menilai pinjaman yang anda layak.

Kami juga menyarankan anda membuat tinjauan sebut harga terlebih dahulu sebelum melantik kontraktor supaya anda boleh membandingkan harga yang sesuai dengan bajet menggunakan bahan binaan yang berkualiti untuk membina kediaman anda.

Ia merupakan perkara yang sangat penting untuk melantik peguam yang sangat bertauliah dan bertanggungjawab untuk memastikan perjanjian membina rumah antara anda dengan kontraktor sah di sisi undang-undang.

Peguam juga akan menguruskan permohonan pinjaman yang melibatkan aspek undang-undang dan proses tuntutan wang daripada pihak kontraktor berdasarkan perkembangan projek binaan yang telah dijalankan.

Anda perlu teliti dalam membuat surat perjanjian membina rumah untuk mengelakkan masalah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Sekiranya anda tidak teliti dan projek pembinaan rumah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor, anda tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat aduan jika ia tidak dinyatakan dalam surat perjanjian membina rumah.

6. Proses penilaian

Sumber: PropertyGuru

Apabila anda telah menerima kelulusan pelan rumah dan tandatangan perjanjian membina rumah, pihak bank dan LPPSA akan menjalankan penilaian sebelum meluluskan pinjaman.

Pihak pemberi pinjaman akan membuat penilaian dari segi keluasan rumah, lokasi dan beberapa faktor lain sebelum meluluskan permohonan pembiayaan rumah anda.

7. Proses pembinaan rumah

Jika anda memilih kontraktor yang betul, mereka akan membantu dengan memberi pendapat dan khidmat nasihat untuk memilih kemasan serta peralatan yang sesuai untuk rumah idaman atas tanah sendiri.

Kontraktor yang betul dan kompeten ini sangat penting kerana mereka akan memastikan struktur binaan rumah anda mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sepanjang proses pembinaan, anda juga disarankan untuk memantau perkembangan kerja dan menyimpan semua resit yang dikeluarkan kontraktor.

Anda juga perlu kerap menghubungi peguam untuk melancarkan urusan tuntutan wang dengan pihak kontraktor berdasarkan perkembangan kerja.

Jika ia merupakan kali pertama membina rumah di atas tanah sendiri, kami menyarankan anda melantik kontraktor yang membina rumah full specs supaya tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk menambah aksesori lain.

Dengan melantik kontraktor yang efisien dan berdaftar dengan CIDM, anda tidak perlu meluangkan banyak masa untuk memantau proses pembinaan rumah dari awal sehingga akhir. .

8. Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

Sumber: PropertyGuru

Selepas rumah idaman anda selesai dibina, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperlukan untuk menandakan tempat kediaman anda selamat didiami.

Untuk pengetahuan anda, PropertyGuru menjelaskan CCC hanya akan diluluskan sekiranya:

i) Syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dipatuhi

ii) Borang-borang yang berkaitan diisi dengan lengkap

iii) Semua perkhidmatan utama disediakan termasuk air, elektrik, sistem pembetungan dan beberapa khidmat lain

iv) Principal Submitting Person (PSP) mengakui bahawa bangunan ini telah disiapkan dan pelan telah diluluskan sepanjang dia mengawasi pembinaan rumah

9. Pembayaran cukai dan insurans

Selepas rumah siap dibina, anda perlu menjelaskan pembayaran cukai pintu dan tanah serta insurans kebakaran. Anda akhirnya boleh menarik nafas lega selepas membayar cukai dan menerima kunci rumah.

Jika mahu bina rumah atas tanah sendiri di Kelantan, kontraktor seperti Home Hunters akan membantu melancarkan proses pembinaan tempat kediaman yang lama diidamkan di Kelantan dari awal sampai akhir.

Pihak Home Hunters juga akan menguruskan proses seperti geran rumah, kos guaman dan dokumentasi pejabat tanah selepas tempat kediaman anda siap dibina.

Home Hunters

Home Hunters adalah kontraktor yang menawarkan pakej design dan bina rumah atas tanah sendiri di Kelantan dengan bajet minimum RM250,000. Bagi anda yang tidak memiliki tanah sendiri, pihak Home Hunters menawarkan pakej tanah dan rumah untuk dibina di Kota Bharu.

Terdapat banyak kelebihan yang anda boleh nikmati jika bina rumah atas tanah sendiri menggunakan perkhidmatan Home Hunters kerana mereka akan menguruskan submission dan kelayakan pinjaman pelanggan serta penghantaran pelan bangunan dan dokumen-dokumen berkaitan ke PBT.

Anda tidak perlu menambah apa-apa aksesori di rumah sepanjang proses pembinaan apabila menggunakan perkhidmatan Home Hunters.

Selain itu, kontraktor yang berpangkalan di Kelantan ini akan menawarkan pakej yang lengkap dengan kos guaman dan konsultasi percuma untuk pembinaan rumah dan rekaan dalaman.

Apabila menggunakan perkhidmatan Home Hunters, jumlah keluasan rumah bergantung kepada kehendak pembeli (bermula daripada RM135 per kaki persegi). Mereka boleh membina rumah dengan pelbagai konsep seperti moden, tropika dan apa-apa sahaja mengikut cita rasa anda.

Anda boleh klik pada pautan ini untuk melihat beberapa contoh rumah bina atas tanah sendiri yang dihasilkan dengan sentuhan pakar Home Hunters.

Prosedur selepas pelanggan hubungi Home Hunters

i) Bina rumah atas tanah sendiri di Kelantan

Pelanggan akan menghubungi Home Hunters dan bertanya tentang rekaan rumah idaman mereka. Selepas itu, para pelanggan akan memberi geran tanah.

Seterusnya, pihak Home Hunters akan semak kesesuaian tanah dan design. Mereka akan consult design rumah bersama para pelanggan. Sekiranya rekaan rumah telah dipersetujui kedua-dua pihak, Home Hunters akan membuat submission dan menyemak kelayakan pinjaman pelanggan.

Pihak Home Hunters akan lukis pelan rumah dan menghantar pelan tanah ke majlis daerah. Selepas pinjaman diluluskan pihak yang berkaitan, Home Hunters akan membuat rumah mengikut perancangan.

ii) Rumah yang telah siap dibina

Untuk rumah yang telah disiapkan, anda hanya memerlukan semakan pinjaman dan proses pertukaran hak milik. Untuk rekod, proses pertukaran hak milik akan ditanggung pembeli.

Ejen Home Hunters

Sekiranya berminat untuk menjadi ejen Home Hunters, anda boleh klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut. Anda boleh menikmati komisen sebanyak RM7,000 dan ke atas mengikut harga minimum kos binaan rumah iaitu RM250,000.

Untuk maklumat lanjut ataupun berminat mahu membina rumah di atas tanah sendiri di Kelantan, anda boleh layari website Home Hunters:

Website: homehunters.my

Alamat: Aras Maju Enterprise, Pt 385, Taman Rabie, Kampung Bechah Durian 17020 Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi- 5 petang)

Facebook: Home Hunters

Nombor telefon: 014-509 9819/ 011-2600 6493

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca