Langit Sepanyol Bertukar Jingga, Berpunca Daripada Debu Gurun Sahara

Fenomena ribut Celia yang membawa debu dari Gurun Sahara telah menyebabkan langit di beberapa bahagian selatan Sepanyol bertukar menjadi warna jingga kelmarin.

Ruang udara Madrid dan Murcia antara kawasan diterangi gumpalan pasir berwarna jingga.

Susulan kejadian itu, makmal Klimatologi di Universiti Alicante memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berada di luar bangunan untuk tempoh yang lama.

Penduduk juga disaran menggunakan pelitup muka selepas pegawai-pegawai Sepanyol mengeluarkan keputusan penilaian kualiti udara yang sangat buruk.

Di beberapa kawasan pula, penduduk tempatan dinasihatkan supaya mengelak daripada bersenam di kawasan terbuka selain pakar-pakar memberi amaran bahawa ribut itu akan menuju ke Britain.

Sebelum ini, ketua klinikal dari Asthma Britain, Dr. Andy Whittamore telah memberi amaran mengenai risiko yang berpunca daripada debu dari Sahara itu.

“Udara beracun boleh menyebabkan manusia sukar bernafas serta boleh menyebabkan semput, batuk, sesak nafas dan serangan asma yang mengancam nyawa.

“Debu Sahara boleh menimbulkan risiko serius kepada 5.4 juta penduduk di Britain yang menghidap asma. Habuk dan jenis pencemaran udara lain adalah pencetus utama kepada penghidap asma,” ujarnya.

Whittamore turut mencadangkan penghidap asma untuk sentiasa membawa alat penyedut sekiranya gejala mereka bertambah teruk.

Sementara itu, pakar cuaca meramalkan bahawa bahagian timur UK juga boleh terjejas oleh awan debu minggu ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca