Lancar Selipar ‘Mesra Muslim’, Fipper Jawab Isu Edisi Khas TheNoor

Sehingga ke hari ini, Neelofa dijadikan topik perbualan dalam kalangan warganet selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Baru-baru ini, Neelofa melancarkan selipar ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar Fipper dan dijual pada harga RM79.90 sepasang. Sesetengah individu merasakan harga selipar berkenaan mahal dan tidak masuk akal.

Tambahan pula, apa yang menarik perhatian dan menjadi persoalan warganet ialah spesifikasi selipar tersebut yang dikatakan ‘Mesra Muslim’ sedangkan reka bentuk selipar berkenaan boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja dengan selipar lain di pasaran.

Lantaran itu, Fipper dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa terma ‘Mesra Muslim’ itu merujuk kepada produk selipar Slip On Fipper x TheNoor tersebut sesuai untuk kegunaan dan imej Muslimah yang memakai stokin.

Syarikat tersebut turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Walau bagaimanapun, berikutan kontroversi tersebut, terdapat segelintir warganet mahu memboikot semua jenama yang berkait rapat dengan Neelofa serta hasil kolaborasi beliau bersama syarikat terkemuka yang lain.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca