Lamborghini Bernilai Kira-Kira RM2 Juta Hangus Terbakar Angkara Perbuatan Khianat

Sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai iaitu Lamborghini rosak akibat terbakar di tempat parkir kondominium yang bertempat di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang pada awal pagi Ahad.

Memetik laporan Berita Harian, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 2.40 pagi telah menghantar dua jentera (FRT) serta sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS) ke lokasi kejadian.

Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II iaitu Mohd Rozi Jusoh, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja pemadaman api pada kereta yang dianggarkan bernilai RM2 juta itu.

“Kita mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran dan kemusnahan membabitkan 40 peratus di bahagian enjin,” kata Mohd Rozi menerusi satu kenyataan.

Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Kata Mohd Rozi lagi, kejadian tidak membabitkan mangsa dan forensik bomba kini masih lagi menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran.

Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berlaku disebabkan khianat. Menurut laporan Harian Metro, siasatan awal polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal mencurah cecair dipercayai petrol ke kenderaan itu.

Sebelum ini, kami ada berkongsi kisah tentang kereta Lamborghini model Hurucan Performante bernilai £215,000 (kira-kira RM1.14 juta) yang remuk dalam sekelip mata selepas hanya 20 minit kenderaan itu keluar dari pengedar. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca