Laman Web UM Digodam? Ini Respons Aktivis Pelajar Wong Yan Ke Menerusi Media Sosial

Baru-baru ini Universiti Malaya (UM) digemparkan dengan isu protes yang dilakukan oleh siswazahnya sendiri sewaktu majlis istiadat konvokesyen berlaku.

Lebih memeranjatkan apabila pautan berbayar di laman web rasmi UM dimaklumkan telah menjadi sasaran penggodam tengah malam tadi.

Pautan berikut menunjukkan halaman yang memaparkan beberapa baris ayat oleh penggodam menerusi posting yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna media sosial, Twitter.

https://twitter.com/MrX65826985/status/1184840564845375488

Pautan di atas secara tidak langsung jelas menunjukkan hubung kait dengan isu pemprotesan yang dilakukan oleh graduan universiti Wong Yan Ke baru-baru ini.

Menyedari insiden godam ini semakin tular dalam kalangan pengguna media sosial, aktivis pelajar berkenaan menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui insiden terbabit. Penafian tersebut telah disiarkan oleh graduan itu menerusi posting yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya.

Jelas Wong lagi, kepakaran dalam bidang sains komputer juga langsung tidak dimiliki olehnya apa lagi mengarahkan atau mengupah seseorang melakukan hal tersebut semata-mata untuk melunaskan kehendaknya.

Menurut Free Malaysia Today, laman web yang digodam sama sekali tidak dapat diakses untuk pengendalian semua transaksi sewaktu insiden berlaku. Walau bagaimanapun, pautan itu dilaporkan tidak lagi dipaparkan pada halaman yang digodam.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca