Lalu Lintas Sesak Akibat Dua Individu Disyaki Mabuk Tertidur Di Lampu Isyarat

Kes kemalangan akibat mabuk adalah salah satu faktor terbesar yang menyumbangkan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan dua orang pemuda ditemui tertidur di dalam kereta di hadapan lampu isyarat. Perbuatan mereka yang disyaki mabuk itu menyebabkan gangguan lalu lintas hingga menyebabkan kesesakan trafik jalan raya.

Walau bagaimanapun, tempat kejadian tidak dapat dikenalpasti lagi.

Perkongsian video berkenaan telah meraih ribuan reaksi dan pandapat daripada warganet.

Ramai yang terkesima melihatkan reaksi tidak menyedarkan diri dua individu berkenaan walaupun perakam video telah menggoncang pintu untuk mengejutkan mereka.

Pada masa yang sama, ramai warganet memuji tindakan mereka kerana tidak meneruskan pemanduan dalam keadaan mabuk yang boleh membahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca