Lakukan Hubungan Intim Dalam Ambulans, 2 Petugas Kesihatan Dipecat

lakukan-hubungan-intim-dalam-ambulans-2-petugas-kesihatan-dipecat
lakukan-hubungan-intim-dalam-ambulans-2-petugas-kesihatan-dipecat
Gambar sekadar hiasan
Sumber: Sabah News

Dua petugas kesihatan unit kecemasan di Britain dipecat selepas ditangkap melakukan hubungan intim di bahagian belakang sebuah ambulans baru-baru ini, lapor portal The Sun.

Emma Croydon, salah seorang pelaku tersebut, dilihat sedang memandu kereta miliknya ke tempat letak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah ambulans bersama pemandunya.

Ketika dua pengawal keselamatan menghampiri ambulans berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati pasangan itu dalam keadaan “menanggalkan pakaian” selain seluar lelaki dan kasut kelihatan dibongkar.

Insiden itu disiasat dan kedua-dua mereka dipecat atas kesalahan salah laku.

Bagaimanapun, Emma telah menafikan dakwaan melakukan hubungan intim tersebut dengan mengatakan bahawa pengawal keselamatan telah menipu pihak mahkamah tentang apa yang dilihat oleh mereka .

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga ambulans tersebut dikatakan ingin mengambil cuti sakit, apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

Dalam pada itu, ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia dilihat masuk ke dalam kereta ambulans tersebut.

Namun, panel telah mengugurkan dakwaan wanita terbabit dengan mengatakan bahawa tidak dipercayai pengawal keselamatan itu menipu, malah perbuatan pasangan berkenaan turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca