Search
Close this search box.

CERPEN: Laksam Mekjoh Tendong di Tingkat 74

Penulis: Hatim Kamarul Zaman

Perlahan-lahan dia bersedia untuk merebahkan sila. Seluarnya disingkap naik sedikit agar lega rasa kelangkang apabila duduk bersila nanti. Dia turun dengan tertib didahului dengan kaki kanan dikilas ke dalam dahulu diikuti kemudiannya dengan kaki kiri. Hasilnya, bak kata orang Tendong, satu sila yang lendik berjaya dihasilkan.

Jam putih di dinding dikerling. Sudah tepat jam 1.00 tengahari. Bungkusan laksam kuah santan dari gerai Mekjoh yang dibelinya pagi tadi dibuka rapi. Bungkusan itu terasa masih suam kerana sesampainya dia di pejabat, terus diletakkannya bungkusan itu di pantri.

Sesudah itu, dituangnya ke atas laksam yang bergulung bulat itu kuah laksam pekat berwarna putih kusam. Fuhh. Aromanya tidak terjejas langsung walau sudah hampir 6-7 jam membuatkan hidungnya terasa dijentik-jentik. Akhir sekali dia menuang semua ulam; mentimun, kacang cambah dan kacang panjang yang telah dipotong-potong halus semuanya, berserta sedikit sambal belacan ke dalam kuah santan itu. Digaul-gaulnya rata. Kuah santan yang tadi putih bertukar menjadi kemerahan.

‘Knock! Knock!’ pintu biliknya diketuk 2 kali.

Lantas masuk seorang gadis berkulit cerah dengan kaca mata bulat, berkurung biru muda bunga-bunga halus dipadankan dengan tudung biru terang RM10 dari Jalan TAR. “Wow darl. Let me guess. Having your favourite laksam again right?” sapa gadis itu.

“Join me, then. I ada sebungkus lagi. Sengaja beli lebih takut I tak kenyang.”

“Tak nak lah I. Santan tu. Kolestrol. You tahu kan? You nak ke tengok I gemuk?” jawab gadis itu dalam soal balas. Dia menuju ke arah tingkap. Sayup kelihatan bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 74.

“Well, too bad, Shasha G. I makan dulu ye?” dia hanya menjawab acuh tak acuh.D

Dia memulakan suapan pertama. Matanya tertutup rapat. Mulutnya turut sama terkacip seolah-olah baru pertama kali merasa nikmat ejakulasi. Ternyata laksam Mekjoh tidak pernah mengecewakannya.

“Oh God, please, darl. Not that face again,” gadis yang bernama Shasha G itu mencebik. Tangannya berpeluk tubuh.

“Kenapa ni sayang? You pun tahu kan laksam is my compulsory lunch every Monday? Lagi pun, ni makanan tradisional dari kampung I kot. Tak kan lah I nak makan bakso je kat sini?” dia cuba menenangkan resah hati kekasihnya itu, lalu diteruskan dengan suapan kedua. Allahu, nikmatnya sangat-sangat terasa.

Shasha G berjalan perlahan menuju ke arah lelaki itu lalu dihamparkan sila yang hampir sahaja membuat lekaki itu tersedak. “That’s not a proper way for a beautiful girl like you to sit. Bersimpuhlah, you nampak lebih manis nanti.”

Shasha G tersenyum malu. Dibetulkan duduknya daripada sila kepada simpuh. “Apa yang best sangat pasal laksam you ni?”

“You nak I cerita ke? Boleh, tapi tolong ambilkan botol air mineral atas desk I tu please?”

Shasha G mula buat muka. Namun seketika kemudian Shasha G bangun mengambil botol air mineral jenama Ko-Ummah itu. Sedikit berkerut dia melihat jenama yang tidak pernah didengari itu.

“Nah, tuan CEO, air you,” dihulurkan rapi kepada lelaki itu.

“You ni, tu la, I ajak you datang rumah I, you tak sudi,”

“Apa je yang I boleh buat nanti darl? GSC pun takde,”

Lelaki itu hanya tersenyum. Memang tipikal ‘sesetengah orang luar’ jika berbicara mengenai Kelantan mesti dikaitkan dengan perihal Kelantan yang tiada pawagam.

“Boleh I tahu apa makan istimewa tempat asal you?”

“Hurm, I tak tahu sangat. Tapi yang I tahu makanan tu diperbuat daripada udang-udang halus lalu dibotolkan. Satu lagi, coconut shake dekat area pantai. Sedap tau!”

Lelaki itu diam. Risau jika dia bersuara, ada hati yang terluka.

“You percaya tak laksam yang I makan tadi dah berusia 20 tahun?” lelaki itu cuba menduga.

“Maksud U? Laksam tadi awet ke macam mana?” Shasha G bertanya bodoh-bodoh alang.

“Laksam tu favorite I sejak zaman I sekolah rendah lagi. Teksturnya lembut, kuah yang pekat sama macam dulu-dulu. Resepi orang tua lama tak pernah mengecewakan,”

“Oohh.” Shasha G sekadar mengiyakan.

“Memang you tak leh move on langsung la dengan laksam ni?”

“Well, for now, maybe not. Lagi pun laksam ni yang sara hidup I dulu. I mean, my family back then in mid 90s hidup susah. I diam-diam pergi merayu dengan pembuat laksam ni. Mekjoh nama dia. I bargained her to let me sell her laksam at my school,” lelaki itu hanya tersenyum. Teringat kembali memori dia menjual kira-kira 30 bungkus laksam di Sekolah Kebangsaan Othman Talib hampir setiap pagi sebelum masuk ke kelas.

“Wow, thats inspired me well,”

“So, ambil la sebungkus lagi ni. Makan cepat. Kita ada meeting kejap lagi,” lelaki itu menghulurkan bungkusan laksam itu kepada Shasha G lantas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan bersedia untuk solat Zohor.

Artikel Lain Untuk Di Baca