Lakonkan Babak Aksi Sendiri, Beto Kusyairy Buat Warganet Kagum

Aktor ternama tanah air, Beto Kusyairy menerima pujian ramai apabila video beliau sanggup dibakar dengan api untuk penggambaran filem tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh aktres Nabila Huda di laman Twitter miliknya, Beto langsung tidak menggunakan stunt performer untuk melakukan babak aksi tersebut.

Nabila memuji Beto dalam ruangan kapsyen dengan berkata, “This is Beto Kusyairy everyone! Real actor seperti ini perlu satu juta pengikut ke? Sekiranya tiada orang hargai, saya tidak tahu lah. Beto adalah one of the best everyone!”

Memandangkan babak individu dibakar dengan api ini boleh dikatakan agak berbahaya, ia kebiasaannya dilakukan oleh stunt performer dan bukannya pelakon itu sendiri.

Sumber: Twitter Nabila Huda

Video yang dimuat naik oleh Nabila berjaya mencuri perhatian ramai dengan memperoleh kira-kira 12,000 ulang ciap (retweet) dan 15,400 tanda suka pada waktu artikel ini ditulis.

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet memuji dedikasi yang ditunjukkan Beto. Tidak kurang juga, orang ramai meluahkan rasa kagum apabila melihat Beto tidak menggunakan stunt performer untuk berlakon menjadinya dalam babak tersebut. Ada juga yang berkata Beto ialah pelakon sebenar yang berbakat dan berani untuk menghasilkan karya terbaik.

Apa pendapat anda? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca