“Lain Kali Jaga Kata-Kata Anda”, Ches Al Maliki Tuntut Permohonan Maaf Daripada Da’i Farhan

Rakan baik kepada bekas isteri Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain iaitu Ches Al-Maliki mendedahkan tuntutan saman yang dibuat oleh pendakwah bebas itu atas tuduhan fitnah telah ditarik balik.

Menerusi laman sosial Facebook milik Ches meminta pendakwah itu membuat penjelasan dan kenyataan secara terbuka terhadap penarikan saman tersebut.

“Pihak yang mahu saman Ches Al-Maliki telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya saman yang dibuat sudah ditarik.”

Jelas Ches lagi, “Mungkin mereka baru sedar, nak buka fail itu perlukan wang. Takkan bayar RM10,000 kenari, wang sudah licin, saya tuntut pihak berkenaan membuat kenyataan secara terbuka tentang penarikan saman tersebut.”

Pada 28 November lalu, juara program dakwah musim kedua Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad telah membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap rakan baik bekas isterinya iaitu Ches Al-Maliki.

Wanita itu telah didakwa telah melakukan fitnah terhadap dirinya apabila membuat surat terbuka mendedahkan kononnya perkahwinan pendakwah bebas itu dengan isteri keduanya tanpa pengetahuan isteri pertama.

Lebih memeritkan bekas isterinya sedang hamil tujuh bulan.

Dalam pada itu, Ches turut menuntut surat rasmi dan permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui penulisan dan video.

Dia turut memberi tempoh 24 jam kepada pihak berkenaan dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca