Pernah tak setiap kali nak pergi ‘date’ dengan si dia, anda kehabisan idea? Macam dah tak tahu nak buat apa bukan? Setiap kali ‘date’, mesti makan, menonton wayang, atau sekadar lepak di mall. Bosan bukan? Okay kali ni penulis nak kongsikan idea date yang menarik untuk pasangan di luar sana!
- Melawat Taman Tema

Kalau dah bosan pergi ke mall, apa kata anda pergi ke taman tema pula? Ada banyak permainan menarik yang anda boleh cuba bersama pasangan anda. Sekiranya anda inginkan sesuatu yang romantik, ajak pasangan anda untuk menaiki ferris wheel. Atau jika anda seorang yang sukakan cabaran, cabar diri anda untuk menaiki permainan yang mencabar seperti roller coaster atau pun Topgun.
- Melawat Muzium

Asyik berseronok sahaja setiap kali date, apa kata kali ni anda ajak pasangan anda untuk melawat muzium. Selain idea date yang lain dari lain, anda juga dapat menambah pengetahuan anda mengenai sejarah bukan? Antara muzium yang anda boleh lawati ialah Muzium Coklat, Muzium Bank Negara dan Muzium Negara.
- Picnic Date

Kalau dah namanya date, makan termasuk dalam aktiviti yang wajib dilakukan. Tapi, apa kata kali ni anda cuba buat sendiri? Sediakan makanan anda dan pilih sendiri tempat yang sesuai untuk berkelah. Ha, kan seronok!
- Lejen Open Day
Kalau dah tak tahu nak buat apa sangat, apa kata anda ajak pasangan anda untuk datang ke Lejen Open Day 2018? Lejen Open Day 2018 akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya. Terdapat berbagai aktiviti yang menarik buat para pengunjung. Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini.
Semoga tips di atas bermanfaat buat anda semua!