Lain Dari Yang Lain, Gunakan Buku Sebagai Idea Hantaran!

Memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah pastinya akan ada banyak kenduri kahwin bukan? Bakal pengantin pastinya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.

Jadi bakal pengantin yang masih pening memikirkan apa yang sesuai dibuat hantaran, jangan risau. Kali ini penulis ada idea yang lain dari lain sebagai hantaran.

 

 

Idea gubahan hantaran seperti kek, coklat atau manisan pastinya sudah biasa dilihat bukan? Namun, apa yang dihadiahkan bakal suami kepada pasangannya ini pastinya menarik kerana tak lain tak  bukan hantaran yang diberikan adalah berbentuk buku!

Melalui satu post di Twitter milik Firdaus Hishamudin, dia dilihat menjadikan novel sebagai hantaran kepada pasangannya. Apa yang menariknya ialah, novel yang diberikan merupakan novel terbitan Lejen Press. Idea yang menarik bukan?

 

 

Menurut Firdaus, idea menjadikan buku sebagai hantaran adalah kerana dia ingin memupuk minat membaca dalam diri pasangannya. Wah, kan bagus tu!

Jadi bagi bakal pengantin yang dah kehabisan idea tu boleh la gunakan idea di atas ya. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter

Artikel Lain Untuk Di Baca