Lahir Tanpa Telinga, Raut Wajah Arnab Ini Disamakan Dengan Anak Singa

Seorang penternak arnab yang profesional terkejut ketika seekor arnab coklat yang comel dilahirkan tanpa telinga dan dianggap sebagai satu keajaiban.

Dia telah menjadi penternak arnab yang profesional selama lebih dari satu tahun tetapi sangat kagum ketika melihat seekor arnab kecil yang dilahirkan tanpa telinga. Dia mengatakan bahawa dia tahu ada sesuatu yang tidak kena semasa dia melihat arnab itu.

Dia kemudian menyedari bahawa arnab itu dilahirkan tanpa telinga dan dia sangat bimbang haiwan itu tidak akan mampu bertahan.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelumnya. Dia sangat cantik. Kami memanggilnya Leo kerana dia terlihat seperti singa mini. Selepas Leo dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena sehingga dia meningkat dewasa saya dapat lihat dia tidak mempunyai telinga,” katanya.

Dia mengatakan bahawa dia berasa sangat takut pada mulanya kerana menyedari perkara seperti ini sangat jarang berlaku. Namun, ia tetap boleh terjadi. Arnab tersebut telah dilahirkan enam minggu yang lalu dan mendapati kejadiannya merupakan jenis keturunan.

Dia segera membawa arnab tersebut berjumpa doktor haiwan dan menjalani pemeriksaan. Namun, keputusannya adalah arnab tersebut sihat sepenuhnya. Melalui penyelidikan, mungkin arnab itu kehilangan telinga kerana penyakit genetik.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca