Lahir Dalam Spesis Yang Salah, Gadis Ini Anggap Dirinya Seekor Kucing

Seorang gadis berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Nano menganggap dirinya sebagai seekor kucing dan mengatakan dia lahir dalam spesies yang salah.

Nano menyedari dia sepatutnya dilahirkan sebagai kucing, maka dia berperangai seperti kucing. Dia akan merangkak di dalam rumah dan memakai telinga palsu seakan-akan kucing. Dia juga suka tidur di ruang tertutup seperti di dalam sinki.

“Saya menyedari bahawa diri saya adalah kucing ketika berusia 16 tahun,” katanya.

Nano yang berasal dari Oslo, Norway mendakwa telinganya sangat sensitif dan boleh mendengar bunyi yang tidak didengari oleh manusia.

Jika bertemu dengan anjing, dia akan bertindak balas dengan bunyi desiran.

Pelbagai perangai pelik manusia telah ditemui. Apa yang penting, jadilah diri anda sendiri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca