Lagu ‘Sephia’ Nyanyian Sheila On 7 Berhantu? Ketahui Misteri Yang Menyeramkan Di Sebalik Lagu Ini

Ramai yang menyatakan bahawa lagu Sephia daripada kumpulan Sheila On 7 merupakan satu nyanyian yang membawa maksud sebuah percintaan antara lelaki dan perempuan. Namun, percintaan mereka dihalang atas sebab-sebab tertentu. Jangkaan itu sememangnya tidak benar apabila salah seorang ahli kumpulan tersebut mendedahkan perkara sebenar di sebalik terciptanya lagu tersebut.

Eross merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan Sheila On 7 menceritakan bahawa beliau telah mengangkat satu panggilan telefon daripada seorang gadis bernama Sephia pada waktu malam. Sephia mengaku bahawa dia merupakan peminat setia kumpulan tersebut.

Daripada kejadian itu, Eross telah mendapati bahawa gadis itu telah lama meninggal dunia akibat kemalangan semasa hendak menghadiri konsert kumpulannya itu.

Kumpulan Sheila On 7 telah mencipta sebuah lagu untuk memberi penghormatan dan kenangan kepada arwah Sephia. Lirik lagu Sephia yang dicipta khas oleh kumpulan tersebut mempunyai makna yang mendalam.

Hey, Sephia
Malam ini ku takkan datang
Mencoba ‘tuk berpaling sayang
Dari cintamu

Hey, Sephia
Malam ini ku takkan pulang
Tak usah kau mencari aku,demi cintamu
Hadapilah ini
Kisah kita takkan abadi

Bait lirik ini bermaksud bahawa kumpulan Sheila On 7 tidak akan mendatangi Sephia. Selain itu, lirik ini juga bermaksud bahawa mereka tidak membenarkan Sephia untuk berjumpa dengan ahli kumpulan tersebut. Hal ini demikian kerana ahli kumpulan Sheila On 7 dan Sephia berada dalam alam yang berlainan.

Hey, Sephia
Jangan pernah panggil namaku
Bila kita bertemu lagi
Di lain hari

Hadapilah ini
Kisah kita takkan abadi

Ahli kumpulan ini meminta bahawa pemergian gadis ini dipenuhi dengan keikhlasan. Lirik ini juga membawa maksud bahawa ahli kumpulan ini berharap agar Sephia dapat melupakan mereka walaupun berada di alam barzakh.

Selamat tidur kekasih gelap ku (Ooo…..Sephia)
Semoga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk melupakanmu

Selamat tinggal kasih tak terungkap (Ooo…..Sephia)
Semoga kau lupakan aku cepat
Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup untuk meninggalkanmu

Lirik “Selamat tidur kekasih gelapku” membawa maksud bahawa ahli kumpulan ini mengharap Sephia mendapat ketenangan di alam kematiannya. Kekasih gelap pula ditujukan untuk peminat setia kumpulan tersebut. Manakala, lirik “Kekasih sejatimu” dimaksudkan dengan Allah SWT yang tidak akan meninggalkan hamba-Nya walau dalam apa jua keadaan.

Kesimpulannya, setiap lirik lagu yang dihasilkan oleh penyanyi dalam atau luar negara membawa maksud dan makna tersendiri. Selain itu, muzik dan lirik yang dihasilkan juga selalunya berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Penulis

  • Kamazila Amran adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca