Lagu Rusia Viral, Lirik Lagu Menjadi Perhatian

Lagu Eta Lyubov yang sedang tular di Tiktok semakin mendapat sambutan hangat daripada pendengar terutamanya dari Malaysia.

Penyanyi asal dari Rusia iaitu Amirchik, baru-baru ini telah mengeluarkan muzik video rasmi lagu Eta Lyubov di YouTube.

Namun begitu bukan muzik video yang menjadi perhatian tetapi lirik lagu dalam muzik video tersebut menjadi sebutan ramai oleh rakyat Malaysia.

Sumber: YouTube

Sebelum ini, lagu dari bahasa Rusia itu sering dijadikan muzik latar belakang di TikTok dan ramai daripada rakyat Malaysia telah membanjiri ruangan komen mengenai sebutan lagu tersebut.

Sumber: TikTok

Hal ini mendapat perhatian daripada penyanyi sebenar dan mengetahui tentang lagunya telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Sumber: YouTube

Lebih menarik lagi, tajuk muzik video rasmi lagu tersebut turut diletakkan dalam bahasa Malaysia iaitu Eta Lyubov membawa maksud Cinta Ini.

Menerusi hantaran video Amirchik di TikTok, penyanyi tersebut banyak berkongsi videonya menggunakan tulisan bahasa Malaysia.

@amirchiiik

Adakah anda mahu saya keluarkan lagu ini dalam bahasa Melayu?

♬ Это любовь – Амирчик

Antara video yang menggunakan tulisan bahasa Malaysia di akaun rasmi Tiktok Amirchik adalah bertanya kepada peminat mengenai keinginan mengeluarkan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.

Anda boleh tonton muzik video itu di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca