“Lagi Ramai Orang Pertikai, Lagi Tinggi Saham Dia.” – Awal Ashaari

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Awal Ashaari meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan bagi menamatkan isu kontroversi melibatkan kecelaruan jantina yang kini sudah menjadi isu negara.

Awal telah tampil mengeluarkan satu kenyataan menerusi Instagram Stories berkenaan isu ini. Suami kepada Scha Al-Yahya itu bagaimanapun memilih untuk tidak menyebut sebarang nama sebaliknya menegur secara umum.

Ramai yang berpendapat bahawa ia ada kaitan dengan tindakan usahawan kosmetik popular Malaysia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang mengenakan pakaian jemaah wanita semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sehingga ia menjadi tular di media sosial sekali gus mengundang kontroversi bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga agama Islam dan negara kita.

“Isu jantina pun sudah menjadi isu negara. Orang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia,” coret Awal.

“Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif. Mungkin JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga. Dulu sudah jadi isu sekali dan JAKIM panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya. Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?” tulisnya lagi.

Pada masa yang sama, Awal juga memilih untuk melihat isu ini dari sudut pandang individu terbabit.

“Jadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak-tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.”

“Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci Makkah,” katanya lagi.

Untuk baca artikel lain mengenai isu Muhammad Sajjad berpakaian menyerupai wanita di Makkah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca