Lady Gaga Akui Hamil Pada Usia 19 Tahun Akibat Diperkosa

Penyanyi pop terkenal Amerika, Lady Gaga mendedahkan bahawa beliau mengalami kehamilan setelah dirogol ketika berusia 19 tahun.

Penyanyi berusia 35 tahun itu menjadi tetamu bagi episod pertama “The Me You Can’t See”, sebuah dokumentari baru yang dihasilkan oleh Prince Harry dan Oprah Winfrey.

Siri dokumentari ini dilancarkan di Apple TV+ pada 21 Mei dan memaparkan wawancara dengan selebriti mengenai perjuangan mereka menghadapi masalah kesihatan mental.

“Saya berumur 19 tahun dan bekerja dalam bidang, seorang produser berkata kepada saya, ‘Tanggalkan pakaian’,” kata Lady Gaga kepada Winfrey.

“Saya beritahu tidak, dan saya pergi, dan mereka berkata bahawa mereka akan membakar semua muzik saya.”

Lady Gaga memaklumkan dia tidak mengingati kejadian yang berlaku selepas itu akibat trauma yang melampau. Tambahnya, dia tidak ingin mendedahkan nama produser tersebut.

Dia pertama kali menceritakan pengalaman ini kepada umum dalam wawancara radio di The Howard Stern Show pada bulan Disember tahun 2014. Dua tahun kemudian, dia menyatakan bahawa dia mengalami post-traumatic stress disorder (PTSD).

Susulan itu, Lady Gaga turut memaklumkan trauma ini menyebabkan beliau mengambil rehat panjang selama beberapa tahun dalam kerjayanya.

Ia merangkumi masa dua tahun setengah untuk dia benar-benar disahkan sembuh. Namun, perubahannya adalah secara beransur.

Artikel menarik lain untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca