‘La Isla De La Munecas’, Misteri Pulau Patung Yang Menyeramkan Di Mexico

Tempat ini dikenali sebagai ‘La Isla de la Munecas’. Ia merupakan sebuah pulau patung terletak di Xochmilco, Mexico. Pulau patung ini telah menjadi salah satu tarikan pelancongan di mana ia dikatakan pulau paling seram di dunia.

Boleh dikatakan hampir kesemua pokok di pulau ini dihiasi dengan patung-patung berwajah seram yang pastinya akan membuatkan anda rasa seperti diperhatikan.

Namun, terdapat kisah misteri di sebalik pulau patung ini di mana seorang lelaki yang bernama Don Julian Santana telah berpindah ke sini. Beliau memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya di pulau ini selepas ditinggalkan oleh isterinya. Dia turut dikatakan sering dihantui oleh roh seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mati lemas di dalam satu saluran air di pulau tersebut.

Ketika itu, dia menyedari akan satu anak patung yang terapung di tepi saluran air tersebut tidak jauh dari tempat mayat kanak-kanak itu ditemui. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan itu, dia memutuskan untuk meletakkan anak patung tersebut di atas dahan pokok bagi menghormati semangat kanak-kanak yang telah meninggal dunia.

Tujuannya meletakkan patung-patung tersebut kerana dia percaya bahawa patung-patung itu akan melindungi pulau tersebut daripada tragedi mati lemas berulang kali. Justeru, Don Julian turut menyalahkan dirinya di atas kematian kanak-kanak itu.

Sejak itu, dia telah mengumpul anak patung dan melakukannya selama berabad dekad hingga ke akhir hayatnya. Ini termasuk anak patung bayi, barbie dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,500 anak patung yang telah diletakkan di beberapa lokasi berlainan di pulau tersebut.

Namun, Don Julian Santana telah ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya di dalam saluran air yang sama dengan kanak-kanak perempuan tersebut pada tahun 2001.

Artikel Lain Untuk Di Baca