Kurang Dana Akibat Sekatan Pergerakan, Zoo Jerman Pertimbang Korbankan Haiwan Lain Untuk Elak Kebuluran

Sebuah zoo yang terletak di Utara Jerman memohon bantuan derma daripada masyarakat demi meneruskan operasi dan memberi makan kepada haiwan yang berada dalam kurungan.

Zoo yang biasanya padat dengan pengunjung pada musim cuti itu, kini tidak dapat beroperasi lagi susulan langkah kawalan pergerakan ketat yang dilaksanakan di negara itu.

Ini sekali gus telah menjejaskan pendapatan pihak zoo itu untuk membeli makanan buat semua haiwan.

Menurut Pengarah Zoo Neumünster, Verena Kaspari, jika keadaan semakin mendesak ada kemungkinan besar beberapa haiwan terpaksa dikorbankan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan lain.

“Kami telah menyenaraikan haiwan yang akan disembelih dahulu,” kata Pengarah Zoo itu kepada portal berita Die Welt.

Menurutnya itu adalah langkah usaha terakhir yang akan dilakukan meskipun ia tidak menyenangkan demi kelangsungan zoo.

“Jika terdesak, saya terpaksa mematikan haiwan ini daripada melihat ia menanggung azab kebuluran,” tambahnya lagi.

Verena Kaspari memaklumkan anjing laut dan penguin memerlukan ikan segar dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Zoo yang terletak di Berlin itu dimiliki oleh sebuah persatuan yang tidak layak mendapat bantuan dana kecemasan negeri untuk perniagaan kecil.

Dianggarkan kerugian yang bakal dialami oleh pihak zoo tersebut pada musim bunga ini akan mencecah €175,000 kira-kira RM832,000.

Untuk rekod, Jerman kini mencatatkan 132,210 kes positif COVID-19 dengan 3,495 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca