Kurang 24 Jam Buka Akaun Tik Tok, ‘Abang Viva Viral’ Meraih Lebih 100,000 Pengikut

Pemuda yang bernama Azwan Omar yang berusia 29 tahun ini atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ telah menjadi sebutan rakyat Malaysia sejak berlakunya peristiwa banjir besar minggu yang lalu.

Kisahnya yang menarik perhatian ramai apabila dia hanya berbekalkan duit RM50, sebuah bot pelampung dan Perodua Viva yang digunakan untuk misi menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam dan Pahang.

Terbaharu Azwan Omar yang membuka akaun Tik Tok atas permintaan orang ramai. Setakat ini pengikut di Tik Toknya telah mencapai 177,600 pengikut dalam masa yang singkat.

Kebanyakan pengguna di Tik Tok yang memuji serta mendoakan kesejahteraan kepadanya atas pengorbanannya untuk menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Puchong dan Shah Alam.

Tambahan pula, ramai yang menasihati dan memintanya agar berhati-hati dengan akaun palsu yang ingin mengambil kesempatan terhadap namanya. Hal yang demikian kerana, terdapat beberapa akaun palsu yang wujud dan menyalahgunakan nama ‘Abang Viva Viral’ bagi meminta bantuan kewangan.

Menerusi video yang baru dimuat naik di akaun Tik Tok @abangvivaofficial yang menunjukkan tentang penerimaan sijil penghargaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH yang telah disampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam yang menghargai jasanya terhadap pengorbanan yang dilakukan olehnya ketika musim banjir ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca