Pada 19 Ogos, kumpulan K-Pop terkenal iaitu Blackpink telah membuat kemunculan semula dengan single terbaru mereka iaitu Pink Venom.
Muzik video yang dikeluarkan pada 12.00 tengah hari waktu tempatan telah berjaya mengumpul lebih 15 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang 2 jam selepas tayangan.

Menurut laporan dari Rolling Stone, ahli kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo boleh dilihat bereksperimen dengan fesyen, konsep dan koreografi dalam muzik video mereka.

Kemunculan ini merupakan kemunculan pertama mereka sebagai satu kumpulan lengkap selepas 2 tahun tidak mengeluarkan lagu bersama kerana masing-masing giat aktif dengan aktiviti sendiri.
Lebih menarik lagi, muzik video ini dilaporkan adalah paling termahal yang pernah dihasilkan oleh label kumpulan Blackpink iaitu YG Entertainment.
Pada waktu artikel ini ditulis, muzik video Pink Venom mencapai lebih 61 juta tontonan di YouTube.
Selain mengeluarkan muzik baharu, Blackpink juga akan memulakan konsert jelajah dunia pada bulan Oktober tidak lama lagi.
Walaupun pengesahan lokasi belum diberitahu tetapi Blackpink dijadualkan mengadakan persembahan di Malaysia pada bulan Mac tahun depan.
Anda boleh tonton muzik video Pink Venom di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: